ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Tuesday, June 9, 2009

cuti semester 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah lama sebenarnya cuti, dalam dua minggu barulah saya mendapat ilham untuk menulis.

Cuti yang sememangnya membuatkan saya agak sibuk dengan hal rumah, bermusafir dan beraktiviti dengan keluarga, berjumpa rakan-rakan, dan duduk sejenak untuk menaikkan iman di sekolah bersama Ustazah Kamaliah serta beberapa sahabat.

Akan datang, maksud saya esok, saya akan menjadi fasilitator untuk pelajar-pelajar tahfiz di sekolah. Alahmdulillah, sekurang-kurangnya dapat juga saya fokus untuk Al-Quran.

Saya akui, tiba sahaja cuti perkara yang paling saya bimbang pasti akan terjadi. YA, tepat sekali! Saya pasti akan lalai daripada meperuntukkan masa yang secukupnya bersama Al-Quran. Bukan sengaja, tapi dek kesibukan dengan hal-hal lain.



Dalam masa yang sama juga, saya sempat menghabiskan 3 buah buku. Gembira!
Izinkan saya menceritakan serba sedikit mengenai buku-buku yang telah saya baca:-



Tajuk buku: Hatiku di Harajuku
Karya: Ramlee Awang Murshid

Suatu kisah misteri yang berkaitan dengan kumpulan yakuza di Jepun, kisah pembunuhan tragis yang sewenang-wenangnya. Penceritaannya menarik dan saspen. Anda pasti sukar menjangkakan pengakhiran cerita ini. Harajuku, nama sebuah daerah di Jepun yang menjadi tempat percintaan satu pasangan. Jikalau anda teringin untuk mengenali dunia Yakuza, silalah membacanya!




Tajuk buku: Rahsia Perindu
Karya: Ramlee Awang Murshid

Kisahnya berkisar mengenai pasangan bercinta yang menempuh kesukaran demi kesukaran dan mereka berjaya hingga ke jinjang pelamin. Namun, dendam beberapa pihak menyebabkan raja sehari ditembak ketika majlis pernikahannya. Sememangnya banyak bercerita mengenai cinta tetapi anda tidak perlu risau kerana kisah ini sangat rumit dan misteri, bukan hanya jiwang-jiwng. Satu watak, dalam dua dimensi hidup dan berbeza identiti. Saya baca dengan peningnya dan berjaya menghabiskan setelah 3 hari! Lama,kan? Doktor pakar psikologi adalah orang yang paling tenang kerana dia lebih memahami keadaan pesakitnya.. Anda boleh faham? Saya bimbang kalau saya pula yang tak faham dengan penulisan saya.. :)




Tajuk buku: Syabab Musafir Kasih
Karya: Fatimah Syarha Noordin

Novel Islamik yang unik! Saya suka dengan awal jalan penceritaannya. Mampu mengundang rasa sedih dalam hati dan berasa seperti ingin membela nasib seorang anak kecil yang malang. Saya berasa terisi dengan nasihat-nasihat dan tazkirah yang terkandung di dalamnya. Terselit sedikit kisah cinta yang tidak disangka! Mendidik jiwa ke arah Pencipta..

Saya meminati karya mereka berdua di atas, karya Faisal Tehrani serta Habiburrahman. Ketika zaman awal remaja dahulu, saya pernah membaca novel yang sememangnya hanya tentang cinta. Ketika itu, saya terhibur dan suka untuk membacanya. Zaman berlalu dan usia menambah seiring kematangan, minat saya hilang dibuai angin begitu sahaja. Ini kerana, pasti ceritanya lebih kurang seperti perempuan yang cantik, lelaki yang kacak, bercinta, konflik, dan bercinta semula hingga ke jinjang pelamin dsb..

Saya tidak menghalang jika anda meminati novel seumpamanya kerana pasti setiap pembacaan mendatangkan manfaat. Maaf jika ada unsur kritikan di atas. Saya tidak berniat untuk menjatuhkan, sekadar memberi pandangan.

Mari membudayakan membaca!
p/s: sekurang-kurangnya masa saya terisi dengan membaca, walaupun dijerkah kak lang kerana lewat membuat kerja!huhu..

2 comments:

Unknown said...

dijerkah sebab didengki kot.lalala.tapi kalau dia siap kerja mesti tak kena kan.lalala.tak minat pun novel cinta.hoho.bosan.cerita lebih kurang sama je kan.ngee.

theSPREADER said...

novel cinta agak kurang membina diri. mungkin boleh ambil idea gaya penulisan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails