ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Thursday, May 28, 2009

KBAZ..satu perubahan

Saya berasa teruja untuk menyertai dan berkongsi mengenai Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis pada 9/5/2009. serentak dengan tarikh tersebut, sahabat2 saya dari team R2J3 sedang berhempas-pulas menjayakan High Impact di JB. Maaf sahabat2, saya memang nak sangat pergi tapi kekangan masa dan keadaan tidak mengizinkan.

Berpanelkan Dr Roslan Mohd Nor, Dr Azzam Tamimy dan Dr Mohsen Saleh, perbincangannya berkisarkan tentang sejarah israel, tindakan dan peranan kita. Saya akui, memandangkan hanya Dr Roslan bertutur dalam Bahasa Malaysia jadi pemahaman saya tidaklah sedalam mana. Anda boleh layari www.kbaz.net/my/ untuk mendapatkan pemahaman menyeluruh.

Perkara yang sangat saya tertarik adalah berkenaan sejarah asal israel. sebenarnya musuh kita yang utama adalah orang-orang british. mereka yang memperalatkan israel sehingga menjadikan mereka israel yang sekarang. apa-apa pun, kedua-duanya tetap menjadi musuh kita sebagai muslim.

Satu statement daripada Dr Azzam Tamimy, "Jikaulau anda mahu mempercayai Al-Mahdi, silakan. Kisah tentangnya hanya terdapat pada hadith dhaif. Tapi saya tidak akan tunggu untuk Al-Mahdi. Setiap daripada kita adalah Al=Mahdi, kita perlu melakukan sesuatu. Dan saya akan terus berjihad!"

Saya terpana dan berfikir, mampukah saya menjadi Al-Mahdi? Maksud saya sebagai penyelamat dunia!

Berkenaan boikot juga, Dr Azzam ada menyentuhnya. Katanya, " Senarai boikot hanya menyebabkan masyarakat mudah jemu. Pada awalnya mungkin kita bersemangat tetapi pada akhirnya semua tidak dapat diboikot kerana terlalu banyak. Lebih baik jika kita memboikot secara sedikit tetapi istiqamah. Dan pastikan produk yang diboikot itu benar2 menyumbang kepada israel seperti produk nestle, starbuck dan sebagainya.."

Saya mengakui kata-kata Dr Azzam. Alhamdulillah, produk2 yang diyakini perlu diboikot sudahpun di 'blacklist'kan oleh keluarga saya. Moga-moga amal ini diterima Allah.

Semuanya, 'for the sake of palestine'

4 comments:

FahmiAA~ said...

huhu..
cek ejaan.. ada salah sikit..

theSPREADER said...

ah..mana?

FaRaH said...

perenggan ketiga tuh salah eja..aiyooo...
huhu..

theSPREADER said...

owh..ok2..noted! salah yg dahsyat punye..huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails