ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Monday, June 15, 2009

Alahai..kesian pulak

Semalam Faishal buat perangai. Petang sebelum ke Jusco, dia mengamuk apabila saya yang mencebokkan dia. Dia asyik memarahi ummi kerana tidak membasuhnya. Tension juga dibuatnya.
Dia minta ummi berjanji untuk membasuhkannya pula untuk akan datang.

Di Jusco pula, dia ingin membeli permainan yang berharga RM49.90! Dia sangat teruja untuk membelinya setelah menonton iklan di televisyen. Heish..pengaruh besar!Puas dipujuk tetap tidak mahu bertukar permainan. Geram sungguh. Dengan harga sebegitu boleh membeli pampersnya untuk sebulan (kalau tak salah). At last, kami biarkan sahaja kerana ingin cepat membayar barangan yang telah dipilih memandangkan jam sudah menganjak ke angka 7.

Mainan yang bagus tapi harga dia tak best..

Setelah pulang, seperti petang tadi dia berdegil untuk tidak mahu orang lain mandikan dan basuhkannya kerana katanya "kejap la..adik tengah main ni." Kami biarkan sahaja dia bermain di bilik belajar bersama abangnya, fikri. Tidak lama kemudian, iki memberitahu kami di dapur bahawa adik sudah tidur. Tapi atas kerusi! Huh? peliknya..

Macam terbiar aje..sedih pulak

Ummi minta saya baringkan sahaja dia di lantai. Saya menginjak tangga dan menuju ke bilik belajar. Tatkala melihat adik, rasa kasihan pula melihat dia begitu. Disebabkan dia belum dicebokkan, maka dia berbaring di atas kerusi bagi mengelakkan kebocoran. Adik,adik..
Moga kenakalannya dapat menjadikan kami lebih penyabar.. :)

Tidur elok-elok, besar nanti jadilah pejuang!

Esoknya dia bersemangat untuk bermain mainan barunya. Walaupun sebenarnya tukang buat adalah kakak-kakaknya, sekurang-kurangnya dia belajar. Ya, tukang spray! hehe.. Inilah hasilnya;

5 comments:

Unknown said...

ni akak dia yang buat ni.bukan faishal.ngee.

Unknown said...

comel syadid.

angah said...

ape kebendo tuh

theSPREADER said...

tu manik2 susun atas tempat dia pastu spray air nanti dia melekat. mcm manik2 gam..hehe..adik bukannya main sgt. sibuk suruh org buat

Unknown said...

haha.lastlast akakakak dia pula kot yang kuat main benda alah tu.ngee.rezeki akakakak kot.haha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails