Thursday, December 10, 2009

Raya Haji 09

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari tu Umi kata Abe demam..
Sian abe, syafakallah ye!
Bittaufiq untuk imtihan 21hb ni..
Dah lama nk update tapi selalu lupa.
Tahun depan abe balik tak payahla kitaorang update ek..
Ok, hayati gambar-gambar ni. Buat pembakar semangat nak imtihan.. :)

K.long tak balik kelantan jadi datang JB sebelum tu.
Adik teruja nak ambil gambar..

Survival skill... masak telur. Rindu mukhayyam pulak..
Seronok main orang punye..Lepastu adik nak beli jugak. Abah tak bagi
Cameraman n memang kamera ni Abe Man punye. Kitaorang dah try dah..best!


Masih lagi ayah long jadi tukang sembelih..tragis!


Kitaorang gi sawah..syahmi pun ikut. Dekat rumah Che'
"Adik tak boleh tengok camera..adik tengah jalan ni..kena tengok depan.."
nampak bayang2? adik lompat..hehe
ada kancil escort..syahmi ngan mak dia tak boleh jalan kaki..
kitaorang panjat benda ni..1st time! jakun.. :)
umi buat penggambaran..peace!
adik yang tak senonoh baru lepas buang air..huu

abah pun join buat penggambaran..
dah lama tak jumpa..hee
skali syahmi yang tak tengok camera..hurm..
adik beradik posing tapi menantu sesat kat belakang..saje je abg ngah
everybody try to make this pose. tapi kak lang je yang paling menjadi..dahla berat syahmi..
daku tidak pernah tahu bagaimana cara bermain ini..
kakak yang memang cucu mek!
affan dia lapar sangat. minta cik su ambil daging paling besar. mantap betul! tengok pinggan dia..
persidangan tergempar. ada peguam ye kat situ..huhu..hidden.
sape lagi besar?


syahmi bahagia dengan cik uteh.. :)
nanti ayah ami balik dah ada 3 anak sedare. Kak long dijangka bersalin awal tahun depan. Scan lelaki jugak..habsila rumah tok dia..huu..
setakat ini sahaja, banyak sangat gambar. balik nanti abe tengoklah puas-puas ye..
wassalam~

Saturday, December 5, 2009

macam-macam...

suatu hari
dalam keadaan yang agak tension nak exam,
saya telefon rumah
kak lang angkat dan kami berbual-bual
biasalah, kalau dan jauh baru rasa rindu..
cerita mengenai perkembangan adik mesti tak miss

dan kak lang pun cerita...........................

>> hari tu adik rasa badan dia macam tak sedap. pandai pulak dia rasa. dia cari-cari orang dan jumpa dengan kak su

"kak su, adik sakit kepala lah.."
"uh.. sakit macam mana?"
"urm...20 peratus"
"heh, 20 peratus?"


>> pastu habis tempat kak lang kena selongkar. sebab dia cari coolfever.. kak lang balik kerja tengok kat dahi dia dah kena tampal.. tempat kak lang pula bersepah-sepah. tanya adik dia ambil coolfever kat tempat kak lang ke. dia cakap "adik pinjam je.."

>>ummi kata betul la tu, 20 peratus je. sebab dia mcm dedar. nak tak nak je demam. adeh.. tergelak besar bila dengar..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~end~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

apa yang saya lihat di sini
kebanyakan kanak-kanak menghabiskan banyak masanya depan television
cakap pun dah macam kartun
pemikiran mereka secara tak langsung berkembang
yang perlu diingat adalah perlu bertapis dan dipantau
biasalah, setiap perkara ada pro dan kontra

teringat sebuah hadith

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:

مَا مِنْ مَوُلُودٍ إِلاَّ يُوْلَدُ عَلىَ الْفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ أَوْ يُنَصِّرَانِهِ أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَا تُنْتِجُ الْبَهِيْمَةُ بَهِيْمَةً جَمْعَاءَ هَلْ تُحِسُّونَ فِيْهَا مِنْ جَدْعَاءَ؟

“Tidaklah setiap anak yang lahir kecuali dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka kedua orangtuanyalah yang akan menjadikannya sebagai Yahudi, Nasrani, atau Majusi. Seperti hewan melahirkan anaknya yang sempurna, apakah kalian melihat darinya buntung (pada telinga)?

sebelum mencorak, corakkanlah diri dahulu~

Wednesday, December 2, 2009

hayatilah..

video

nak promote..




assalamualaikum,

hebahan buat semua,
buku ini adalah hasil karya sahabat saya di Sek Men Islam Hidayah..
Ezzah Fatin Jemain
boleh dapatkannya di pasaran sekarang!
mari menyokong produk keluaran orang Islam~ :)

alkisah...

bismillah..

fuhh..fuhh..uhuk uhuk...
berzaman dah tak update blog ni..
sampai berhabuk! hee..
orang pun dah bising
ramai yang pesan cuti ni update..


KENAPA ADA BLOG?



macam pelik,kan?
dah hampir setahun baru timbulkan persoalan ni.
awalnya saya memang tak terlintas langsung akan ada blog.
sebabnya? malas..
tapi bila melihat kepada keadaan sekarang dan seruan-seruan, maka wujudlah blog ni. kebiasaan orang akan cakap untuk tujuan dakwah. yes, i admit it. peluang dakwah terbentang luas! menulislah dan anda hanya goyang kaki melihat hit counter sambil berdoa moga-moga Allah melembutkan hati orang yang membaca. heish..mudah,mudah...


PERSOALAN



untuk post satu blog, masa yang di ambil agak lama (terutama saya yang masih kurang mahir). no doubt, dakwah itu wajib. tapi sebelum buka blog, dah pastikan keadaan sekeliling? i mean,bergantung kepada keadaan orang. kalau anda di rumah, adakah pinggan mangkuk dah dicuci, pakaiaan dah dijemur, kain dah dilipat etc.. (cek jap..ok,clear! huh.. :>) jangan sampai kita tersalah meletakkan awlawiyyat. dakwah itu bermulanya di rumah. meneliti sirah rasulullah, dakwahnya disampaikan kepada orang terdekat dahulu. siti khadijah, abu bakar dan sahabat-sahabat yang lain. bermula di rumah barulah berkembang. tapi ini tak bermakna perlu settlekan di rumah sahaja dahulu baru nak ke luar. kalau macam gitu, berzamanlah orang kat luar menunggu kedatangan tarbiyah..

bahasa. buat saya selalu dilema. nak guna aku?saya?ana? anda?korang? hurm.. confusing.. sampaikan satu hari tu ada kawan di DQ cakap. "faizah, skemanye blog awak.." erk.. tak perasan. sebab apa yang saya fikirkan, blog ni umum,kan. jadi bahasa pun biarlah formal. but then i decided that we write according to what we want to write. got it? agak-agak macam nak bercerita, pakai yang santai. kalau fakta atau taujih etc pakai yang lebih formal. tapi sebenarnya masih dilema. tak pasti mana yang terbaik. kalau ada yang nak kongsi idea, dialu-alukan!


PENULISAN..SATU CABARAN


saya pernah bercita-cita untuk jadi penulis. nampak seronok dan membuatkan kita sendiri mahir dalam perkara yang kita tulis. contohnya kalau kita menulis tentang khusyuk dalam solat. automatically kita akan menghayati pemulisan kita dan menambahkan kekhusyukan solat kita,kan? orang yang menulislah lebih hampir untuk dihisab kalau dia tidak buat apa yang diperkatakan. jadi kita nak tak nak memang akan berusaha untuk buat sehabis baik.

untuk realisasikan entah bila. alternatifnya,blog. menulis selagi mampu. menulis dengan hati. hanya usaha yang sedikit berbanding orang lain. moga-moga Allah terima..


p/s:cuti sampai 13/12 je. sepatutnya sampai 27 tapi ada tasmi' tambahan. semua orang tengah kejar nak khatam. doakan saya!

Friday, August 21, 2009

Koleksi Hadith Palsu Tentang Ramadhan dan Puasa


Sambil-sambil cari bahan, saya terjumpa pula koleksi ini. Moga kita sama-sama mendapat manfaat!
Kalau ada yang salah, lekas-lekas khabarkan pada saya,ya.
Ramadhan Kareem~

1 Awal Ramadhan adalah rahmat, pertengahan keampunan dan akhir pembebasan dari neraka


Az-Zahabi menyebutkan dalam Al-Mizan dari riwayat Hisyam bin ' Ammar dari jalan Sallam bin Sawwar dari Maslamah bin Ash-Shalti dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Awal bulan Ramadhan adalah rahmat , pertengahannya keampunan dan akhirnya ialah pembebasan dari Neraka

Hadith ini adalah Munkar

Kata Az-Zahabi : Ibnu 'Adiy berkata : Sallam ini munkar Hadithnya , demikian pula kata Al-'Uqaili . Salah satunya ialah hadith ini . ( * )

Hadis ini diriwayatkan juga oleh Ibnu Abi Ad-Dunya, Al-Khatib dan Ibn 'Asakir. Kata
Al-Albani: Hadisnya sangat dhaif.

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 500



2 Tidur orang yang berpuasa itu adalah satu ibadat

Ad - Dailami meriwayatkan dari Abdullah bin Abi Aufa r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda :

Ertinya: Tidur orang yang berpuasa itu adalah satu ibadat

Hadith ini Maudhu'

Penyakitnya ialah Sulaiman bin 'Amru , iaitu Abu Daud An-Nakha'i , seorang pembohong dan sangat terkenal mereka Hadith . Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Lebih daripada tiga puluh orang ( ulama hadith ) mengatakan ia mereka Hadith .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 478

3 Manafaat melaparkan perut

Al-Ghazali menyebutkan dalam Al-Ihya' bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :


Ertinya: Barangsiapa yang melaparkan perutnya nescaya besarlah fikirannya dan cerdiklah hatinya

Kata Al-Iraqi : Hadith ini tiada asalnya

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 479

4 Penghulu segala amalan adalah lapar


Al-Ghazali menyebutkan dalam Al-Ihya' bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :


Ertinya: Penghulu segala amalan itu ialah lapar dan kehinaan diri ialah pakaian bulu

Kata Al-'Iraqi : Hadith ini tiada asalnya .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 479



5 Perkhabaran-perkhabaran ghaib sepanjang di bulan Ramadhan

Ibnu - Jauzi menyebutkan dari riwayat Muhammad bin Abu Tahir Anas r.a. katanya : Rasulullah s.a.w bersabda :

Ertinya: Apabila malam pertama bulan Ramadhan berserulah Tuhan Al- Jalil akan Malik Ridhwan penjaga Syurga seraya berfirman : Persiapkan Syurgaku dan hiasilah dia untuk orang - orang yang berpuasa dari umat Ahmad , janganlah engkau menutupnya bagi mereka sehingga habis bulan mereka ( Ramadhan ). Kemudian Tuhan Al-Jalil memanggil Malaikat penjaga Neraka : Hai Malik ! Malik menjawab : Ya Tuhanku! Kemudian Allah berfirman : Tutuplah pintu - pintu Neraka Jahim dari orang - orang yang berpuasa dari umat Ahmad dan janganlah engkau membukanya untuk mereka . Kemudian menyeru Jibrail : Ya Jibrail ! Lalu Jibrail menjawab : Ya Tuhanku ! Lalu Tuhan berfirman : Turunlah engkau ke bumi dan rantaikan syaitan - syaitan yang jahat itu supaya mereka tidak merosakkan puasa umat Ahmad.
Pada tiap - tiap hari bulan Ramadhan iaitu di kala matahari naik dan di kala berbuka puasa Allah mempunyai orang - orang yang dibebaskan dari Neraka laki - laki dan wanita . Pada tiap - tiap langit Allah mempunyai seorang Malaikat yang balungnya di bawah ' Arasy Ar-Rahman manakala dua kakinya berada diperbatasan bumi ketujuh yang bawah , satu sayapnya berada di Masriq yang bertatahkan marjan , mutiara besar dan permata , dan satu sayap lagi berada di Mahgrib yang bertatahkan dengan marjan , mutiara besar dan permata , Malaikat itu berseru : Adakah orang yang bertaubat yang akan diterima taubatnya ? Adalah orang yang berdoa' yang akan diqabulkan doa'nya ? Adalah orang yang teraniaya yang akan ditolong ? Adalah orang yang memohon ampun yang akan diberikan keampunan ? Adakah orang yang meminta yang akan diberikan permintaannya ? Nabi bersabda lagi : Dan Tuhan berseru sepanjang bulan Ramadhan: Para hambaku laki-laki dan perempuan , bergembiralah, hampir - hampir akan diangkat dari kamu akan makanan - makanan ini kepada rahmat dan kemuliannku
Apabila malam Lailatul-Qadri Jibrail turun dalam satu golongan para Malaikat yang berselawat ( berdoa') ke atas tiap - tiap hamba Allah yang bangun dan yang duduk berzikir kepada Allah Azza Wa Jalla

Apabila Hari Raya Fitrah Allah membanggakan mereka kepada para Malaikatnya : Hai para Malaikatku , apakah balasan bagi buruh yang telah menunaikan kerjanya ? Para Malaikat menjawab : Ya Tuhan kami , balasannya ialah disempurnakan upahnya. Allah lalu berfirman : Hamba - hambaku yang laki - laki dan perempuan, telah menunaikan kewajipanku atas mereka, kemudian mereka keluar dengan mengangkatkan suara mereka berdoa' kepadaku. Demi kebesaran dan kemuliaanku, demi ketinggian tempatku, pasti Aku akan kabulkan doa' mereka pad hari ini. Kembalilah, sesungguhnya Aku telah memberi keampunan kepada kamu dan Aku telah gantikan kejahatan - kejahatan kamu dengan kebaikan - kebaikan , maka mereka pun kembali dengan mendapat keampunan ).

Hadith ini adalah Maudhu'

Kata Ibnul- Jauzi: Hadith ini tidak sah . Ashram yang terdapat dalam sanadnya ialah Ashram bin Hausyab. Kata Yahya : Dia adalah pembohong yang sangat jelek . Kata Ibnu Hibban : Ashram ini membuat Hadith atas orang - orang yang thiqah .

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 503

6 Kelebihan Puasa di bulan Rejab

Abu Muhammad Al- Khallal , Ad-Dailami , Al-Ashbahani meriwayatkan dari Mansor bin Yazid Al-Asadi , dari Musa bin 'Imran , dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :


Ertinya: Bahawasanya di dalam Syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab , airnya lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu , barangsiapa berpuasa sehari sahaja dari bulan Rejab nescaya Allah memberinya minum dari sungai itu.

Kata Az-Zahabi : Mansor bin Yazid tidak dikenali orangnya dan khabarnya ( Hadithnya ) adalah Batil

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 514

7 Puasa bulan Rejab

Ibnu - Jauzi menyebutkan dari riwayat Muhammad bin Abdul - Baqi dari jalan Abu Bakr Muhammad bin Al-Hasan An Naqqasy , dari Abu Sa'id r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya: Rejab adalah bulan Allah , Sya'ban bulanku dan Ramdahan bulan umatku , maka barangsiapa yang berpuasa bulan Rejab dengan keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah , maka ia wajib mendapat keridhaan dari Allah Yang Maha Agung dan menempatkan dalam Syurga Al-Firdaus yang tertinggi . Barangsiapa berpuasa dua hari dari bulan Rejab maka baginya pahala dua kali ganda , timbangan tiap - tiap ganda bagaikan bukit - bukit di dunia . Barangsiapa berpuasa tiga hari dari bulan Rejab maka Allah menjadikan antaranya dan Neraka sebuah parit yang panjangnya sepanjang perjalanan setahun . Barangsiapa berpuasa empat hari dari bulan Rejab maka ia akan diselamatkan dari bala , gila , kusta dan sopak , dari fitnah Al-Masih Ad - Dajjal dan dari azab kubur. Barangsiapa berpuasa enam hari dari bulan Rejab, maka ia keluar dari kuburnya dengan wajah yang lebih bersinar daripada sinar bulan pada malam purnama .

Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab , maka pintu - pintu tujuh buah Neraka ditutup baginya , tiap - tiap sehari puasa ditutup satu pintu dari pintu - pintu Neraka itu . Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab, maka dibuka untuknya pintu Syurga yang lapan buah itu , tiap- tiap sehari puasa sebuah pintu dibuka .

Barangsiapa berpuasa sembilan hari dari bulan Rekab , maka ia keluar dari kuburnya sedangkan ia menyeru La Ilaha Illallah , maka wajahnya tidak datang kecuali syurgalah baginya . Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab , maka Allah menjadikan untuknya atas tiap- tiap satu mail Shirath akan permaidani yang ia beristirahat di atasnya .

Barangsiapa berpuasa sebelas hari dari bulan Rejab , maka ia tidak akan dilihat di Akhirat nanti lebih utama daripadanya kecuali orang yang berpuasa Rejab seperti dia ataupun lebih daripadanya . Barangsiapa berpuasa dua belas hari dari bulan Rejab , maka pada hari Qiamat Allah memakaikannya dua pakaian , satu pakaian lebih baik daripada dunia dan segala isinya .
Barangsiapa berpuasa tiga belas hari dari bulan Rejab , maka dihidangkan untuknya sebuah hidangan dalam bayang - bayang ' Arasy lalu ia memakannya sedangkan orang ramai berada dalam kesusahan yang amat sangat . Barangsiapa berpuasa empat belas hari dari bulan Rejab , maka Allah memberikannya pahala yang tidak pernah dilihat oleh mata , tidak didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas di hati .
Barangsiapa berpuasa lima belas hari dari bulan Rejab , maka Allah menempatkan dia di hari Qiamat di tempat orang - orang yang selamat , tiada lalu seorang Malaikat Muqarrabin dan tiada lalu pula seorang Nabi yang diutuskan kecuali mereka berkata : Berbahagialah engkau ! Engkau adalah di antara orang - orang yang selamat sejahtera ).

Kata Ibnu - Jauzi :Hadith ini adalah Maudhu'

Al-Kasa-i yang terdapat dalam sanadnya tidak dikenal orangnya . Manakala An-Naqqassi iaitu Abu Bakar bin Muhammad bin Al- Hasan An- Naqqassi dituduh berbohong

Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 529

8. Puasa Tiga Bulan Berturut -turut
Maksudnya:


Dari Abu Hurairah RA : Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak pernah menyempurnakan puasa sebulan penuh selepas Ramadhan melainkan bulan Rejab dan Sya'ban.

I. Periwayat Hadith: At-Thabarani

2. Status Hadith: SANGAT LEMAH

3. Sebabnya:
Didalam sanadnya terdapat seorang perawi bemama Yusuf bin Athiyyah bin Thabit.
Kata Imam Al-Bukhari: Ia seorang yang mungkar hadithnya.
Kata Imam An-Nasai dan Imam Ibnu Hajar: Ia seorang yang ditinggalkan hadithnya (matruk).
Kata Imam Abu Hatim, Imam Abu Zur' ah dan Imam Ad-Daruqutni: Ia seorang yang lemah hadithnya.
Kata Imam Ibnu Hibban: Tidak harus berhujjah dengannya.
Kata Imam Ibnu Ma'in dan Imam Abu Daud: Ia tidak memiliki sesuatu (yang soheh untuk dijadikan pegangan).

4. Keterangan:
Hadith ini tidak dapat dijadikan hujjah tentang puasa 3 bulan berturut-turut iaitu Rejab, Sya'ban dan seterusnya disambung dengan Ramadhan sebagaimana yang diamalkan oleh sebahagian umat Islam. .
Tidak thabit Nabi SAW berpuasa sebulan penuh pada bulan-bulan lain melainkan Ramadhan sahaja.Inilah amalan Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Aisyah RA, katanya:
Maksudnya:
Dan aku tidak pemah melihatnya (Nabi SAW) berpuasa sebulan penuh semenjak datang ke Madinah kecuali Ramadhan.
.Inilah petunjuk Nabi SAW yang merupakan sebaik-baik petunjuk untuk diikuti dan dicontohi. Allah SWT berfirman:
Maksudnya:
Dan apa-apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu maka ambil/terimalah.

5. Kesimpulan:

Nabi SAW tidak pemah berpuasa tiga bulan berturut-turut terus menerus.

Sumber: Ibrahim Mohd Raja www.al-ahkam.net

Wednesday, August 19, 2009

Dia DATANG!


Dah bersedia semua?
Baju raya dah beli?
Perabot dah tukar? Langsir, karpet, pasu...
Ramadhan nanti tak payah kita fikir...beramal je.. lagi fokus,kan?
Dah letak target nak khatam berapa kali?
Terawikh nak buat 8 ke 20?
Ada shift imam dah?
Siapa yang berkesempatan jadi imam boleh iaadah.. insya Allah masyi.. :)
Ma'mum pun boleh iaadah jugak!
Nak jadi pemburu?
Jom, buru sama-sama!
~Ramadhan, we are ready, Al-Qadr we will hunt you!~