Bismillahirrahmanirrahim~
8 tahun yang lepas, saya lah orang yang duduk di lantai dan meraikan guru-guru sempena Hari Murobbi. Tak sangka, pada hari ini saya pula yang duduk di atas bangku dan diraikan untuk hari yang bermakna ni..
Satu per-satu anak murid datang mengucapkan "Selamat Hari Guru" dan bungkusan hadiah bertukar tangan. Rasa sangat tak layak untuk menerima apa-apa sebab 16 mei baru hari ke-10 saya mengajar. Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih... Takkan nak tolak,kan? Terharu. Seriously~
Ada seorang murid, dia dah bagi hadiah pada saya. Sekali dia patah balik sebab nama saya ada dekat hadiah lain. Macam kelakar pulak. :) Yang kesiannya, adik-adik tahun 1,2 kan rendah. Tapi hadiah yang bawak banyak lepastu ada jugak yang besar-jag. Bersungguh-sungguh diorang bawa.huhu
Saya tak daftar nama untuk mana-mana acara, bagi ruang pada guru yang selayaknya. Tup-tup, pagi tu Ustazah Aisyah bagi sehelai kertas. Erk, kena masuk acara la pulak. Jigsaw puzzle dengan aulad tahun 1.
Bila nak pilih 6 orang pemain, semua berebut-rebut.. Tak tahu nak buat macam mana.. Kesian dekat yang tak dapat. Bila cakap boleh jadi penonton, ada yang tanya "penonton tu kena buat apa?". Kenala terangkan yang penonton kena bagi sokongan kat kawan,biar menang.. Barula gembira ^.^ Alhamdulillah, dapat no 2!
Sangat nostalgic. Kalau kawan-kawan satu batch saya ada sekali agaknya boleh menangis.. Masa berlalu dan zaman berubah. Tempoh untuk kita dah berlalu, sekarang adalah ruang untuk generasi seterusnya. Bila dah nak habis ni, semakin hari semakin rasa sayang. Melihat wajah mereka, tiada dosa dan jujur.
Saya akan berusaha.. Menanam benih yang baik dalam diri mereka. Moga mereka bijak memilih baja..
2 beg angkut bawa balik |
Lepas dah bukak |
Adik semangat tolong bukakan sekali. Lepastu dia pilih satu hadiah |
Pilihan adik: jam merah |
Brooch yg diberi pelajar tahun 6. Macam tak percaya |
Rupanya adik beradik~ abang dia tahun 5, kakak tahun 4 dan adik tahun 1. kawaii~ ^.^ |
Mabruk! kita dapat no 2 :) |
hadiah yang dapat esoknya |
2 comments:
wah! byk hadiah ustazah... hehe
faisol dah makin besor la^_^
ukht, mabruk alaik!
kini nti pula yg merasainya..
kongsi
http://duah-kechil.blogspot.com/2009/05/kini-hanya-allah-yang-tahu-antara-aku.html
Post a Comment