ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Monday, June 13, 2011

new life

bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,seminggu sudah berlalu.. Kembali ke medan juang memang kena usaha banyak sikit,kan? Cik M sangat besar.. (malas ^.^) sungguh tak bersemangat nak ke kelas..adeh. Payah jugak cuti lama-lama ni. Minggu pertama ni jugakla macam-macam perkara terjadi. Kena tukar bilik, tapi lepas consult dengan mahallah office berjaya untuk kekal (2-3 kali pi jumpa..), tiba-tiba program biomedic kena extend 2 tahun
(berkali-kali ulang alik ke bilik advisor), tak bawak kasut balik uia (cemane la boleh lupe) jadi dengan muka tebal pakai sandle je..

Kelas RIM (religion in malaysia) dimulakan dengan tenang.. sebab kelas sekitar tu kosong. Kami je kot yang ada waktu tu. Madam bertutur dengan lembut dan penuh keibuan. Rasa macam menusuk bila madam cakap "Welcome back to study life and i know your journey is still long my dear. You might get hurts and sometime you will cry.. It's a tough path and there is no other way to succeed. But at the end, on the graduation day when you look back to the past, I'm sure that you will smile.. That's life my dear.."
Macam jadi motivasi.. on the right time! Mungkin sebab umi abah pergi umrah kot, rasa kehilangan sikit

Bila dengar kena extend, macam kecewa jugak sebab dah mind set ni last sem. Tapi bila pergi briefing,rupanya tak confirm lagi siapa yang dapat. Kena isi nama dan advisor akan ranking kan ikut cgpa. Saya rasa macam tak ada harapan, sebab orang lain ramai yang hebat-hebat. Jadi sms umi abah, tanya pendapat macam mana.. Umi pun cakap "Apa-apapun keputusan kak cik buat, umi ok je sebab kak cik yang nak belajar. Nanti lepas ni umi tawaf lagi sekali dan doa untuk kak cik". Keputusan akan keluar esoknya jadi saya sempat nak buat istikharah, mohon Allah bagi yang terbaik..

"Aisyah, tahniah! nama awak ada.. " saya rasa tenang walaupun tak dapat dan gembira untuk classmate yang dapat. Inilah yang terbaik mengikut aturan-Nya. Siapa tak dapat biomedic ada pilihan biotech, pure chemistry dan pure physic. Saya yakin, semuanya mengikut perancangan Allah kerana Dia tahu apa yang terbaik. Saya sms umi abah cakap tak dapat biomedic tapi saya mohon didoakan agar dapat cemerlang.. Saya harap dapat jpa bila dgree nanti, tak nak susahkan umi abah dah.. Hari tu juga, saya mendengar nasihat yang sama dari dua orang uang berbeza.. "Allah bagi apa yang kita perlukan,bukan apa yang kita nak.." sungguhla, saya rasa Allah nak tarbiah dari cara yang pelbagai..

Tengah khusyu' buat group discussion, tiba-tiba handphone saya vibrate. Nama madam advisor tertera dan kawan-kawan yang lain suruh angkat cepat-cepat. Dorang pulak yang seronok.. "Ni sister faizah ke?" "Ye saya madam.." "Ada student yang tarik diri dari program biomedic jadi nama you ada dalam list. So are you interested in doing biomedic?" Saya terkedu sekejap. Ya Allah! "Insya Allah,madam.. " Saya nak buat sujud syukur tapi sebab duduk kat maktabah waktu tu, tak dapat nak buat terus. Menangis dalam hati jela.. Bila bagitahu umi abah, umi cakap umi dapat doakan betul-betul depan pintu kaabah. Maqbul doa~ Speechless. Umi,abah.. Terima kasih banyak-banyak! Ya Allah... Makin yakin dengan janji Allah. Bila sesuatu tu memang ditqdirkan untuk kita, macam-macam mana pun akan dapat juga. Allah, diri terasa kerdil dan lemah.

Saya bertekad untuk tempoh yang berbaki, cuba untuk buat sehabis baik yang boleh, Insya Allah. Doakan perjuangan saya di sini.. Mencari diri yang baru, memulakan hidup yang baru. Ready,go!

Allahumma yassir~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails