ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Wednesday, May 11, 2011

back to school

Bismillah..

Saya dikejar dengan masa. Fuh! dan saya belajar banyak perkara~ Ya, kembali ke sekolah secara mengejut.

Hari Isnin (hari buruh) menerima panggilan dari Ustazah Zunaidah ketika dalam perjalanan pulang ke JB. "Faizah, boleh tolong jadi guru ganti? Ustazah harap sangat.. Pandang kanan,muka anti..pandang kiri muka anti.. Ustazah rasa memang antilah boleh tolong.."

Terdiam seketika dan berfikir-fikir. Kena bincang dulu nih. Tapi jawapan kena bagi ASAP. "Kalau boleh,esok mula bekerja. Paling lewat Rabu" Sangat mengejut,kan. Saya pun terkejut bila saya setuju dan reply lepastu jugak. Lagipun, ni kali ke-3 di offer jadi guru ganti. Nak tolak pun segan~ Consider umi dan adik sebenarnya. Umi pun kata "Tak boleh nak elak dah, memang nak kena jadi jugak.." erk. Abah pun kata "Ha, kan kata bosan duduk rumah.. pi la keje. Takdela bosan nanti" dush. Pulang paku buah keras abah ni.hee

Berdebar yang amat! Tak ada pengalaman, dah lama tinggal sekolah rendah, macam-macamla saya fikir sepanjang perjalanan ke sekolah. Hari pertama je dah mula mengajar dan memang sungguhla, saya kena banyak belajar. Mana taknye, ajar darjah 1~ Kelakar adik-adik ni.. Tapi nakal pun ye jugak..budak,kan.

Hari first saya mengajar 2 masa sahaja. Mula dengan bincang kertas sebab baru habis periksa minggu sebelumnya. Baru 20 minit suasana dah tak terkawal. Seolah-seolah saya cakap sorang-sorang. Suara dah macam bagi arahan kawad dah.. Lama-lama boleh hilang! Saya tengok sekeliling dan serius, blank. Tak tahu nak buat apa. Lepastu saya minta kumpulkan kertas.. masa ada dalam setengah jam,nak buat ujian lisan pulak. Bila kumpul kertas, banyak yang terkoyak-koyak..adeh. Saya bagi latihan dan mula buat ujian lisan. Tengah-tengah dengar, mata tak boleh lepas tengok kelas. Bahaya sungguh. Tiba-tiba ada seorang murid keluar kelas. Kawan yang lain cepat-cepat datang dekat saya "Ustazah,hidung dia berdarah.. Kawan tumbuk"
hah? Terus saya keluar tengok pelajar yang tengah basuh hidung dekat paip luar. Tak banyak, tapi tak berhenti. Ya Allah, hari pertama dah ada kes =.=' Pusing je, tengok-tengok hampir satu kelas dah dekat luar nak jenguk kawan dia jugak. "Masuk..masuk.." Haish.pantang betul mereka-mereka ni. Alhamdulillah ada guru yang lalu dekat luar. Settle.

Mereka sangat suka cerita perkara yang tak berkaitan dengan pelajaran pun. Dan suka mengadu sebab mereka rasa kita macam kakak..(yeke?heh)

"Ustazah, hari ni kan.. hari lahir mak cik kita.."
"Ustazah, dia tak pakai kasut jalan-jalan dalam kelas"
"Ustazah, dia baling pensel kita.." mata dah bergenang..
"Ustazah,tengok dia. Dia patahkan pembaris kawan saya.." tengok kawannye dah duduk atas lantai dan menangis..
"Ustazah, dia kan ada banyak shaker.." budak-budak ni tengah ketagih shaker, sama macam zaman kita muda dulu. Sejarah berulang~huhu
"Ustazah, dia bawa 24ringgit tau.." siap tau jumlah sebenar lagi. Sepatutnya tak boleh bawa lebih RM6. Nak beli apa la bawak banyak-banyak

Dan mereka juga boleh jadi sangat sweet~
Waktu tengah kira-kira kertas untuk diedarkan, tiba-tiba ada 3-4 orang banat datang ke depan. Tapi semua malu-malu. Saya tak toleh lagi sebab duk fokus kira. Tiba-tiba ada seorang cakap
"Ustazah, selamat hari lahir.." Saya terdiam sebab tak tahu nak balas macam mana. Hari lahir saya dah lepas (dalam seminggu). "Terima kasih.." tersenyum untuk meraikan mereka. Tak sempat nak tanya macam mana tahu. Huhu..sweet,kan? Dan lepastu ada lagi seorang datang untuk ucapkan yang sama. Yang kelakarnye, lepas cakap je terus mereka lari untuk duduk balik kat tempat masing-masing. Macam kena kejar.

Yang nakal tak tahan pun ada jugak. Bergaduh sampai bertumbuk-tumbuk. Tu kelas tahun 2 yang memang terkenal nakal. Pantang lepa, ada je yang dibuat. Tengok-tengok main gunting. Bukan biasa-biasa, nak baling kat kawan.. adeh. Suruh duduk tempat, tak nak. Bila round kelas, budak-budak lari macam saya nak main kejar-kejar ngan diaorang. Esoknya, seorang pelajar dari kelas tu masuk bilik guru sebab matanya merah. Guru yang bawa pelajar tu ceritala dekat kami yang tengah tengok pelajar tu dengan muka curious "Ni ha, main pensel dengan kawan lepastu cucuk mata. Nasib tak kena dekat mata hitam." Mengucap panjangla kami-kami yang dengar ni..

Saya belum mula mengajar sebab kena siapkan ujian lisan dan amali. Terfikir-fikir, kalau ajar nanti kena cari idea yang menarik dan membuatkan mereka gembira untuk belajar. Doakanlah saya,ye.. Kalau ada nasihat,cadangan,idea sangatla saya perlukan. Saya mengajar tak lama,cuti pun dah nak habis. Hujung bulan ni dah cuti sekolah dan saya tamat pada hari tersebut. Awal bulan 6 mula sem baru~ Jadi, saya nak all-out! Sungguhla, pengorbanan guru sangat besar. Saya semakin menghargainya dan saya bersyukur Allah bagi pengalaman ini pada saya. Terima kasih guru.

1 comment:

little daie said...

hehe faizah, mcm ni ke nti dan kwn2 ex-srih dulu?

^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails