ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Sunday, September 2, 2012

Buang je?

.......ok, dah lama tak tulis.again.heh...... bismillah~

How shoud i start.hmm.

Ok,gini. Siapa rasa dia selalu makan tak habis sila angkat tangan *ok, ada 1,2.... woah. ramai?*

Ya, saya pantang orang tak habiskan makanan..

Cuba anda bayangkan, untuk hasilkan makanan dari bahan mentah akan melalui beberapa proses.
Lagi complicated, lagi sedap dan lagi banyak proses.
Setiap proses ada yang mudah dan ada yang susah.
Tapi bila sampai depan kita, tak habis buang aje..
Seolah-olah segala kepayahan yang dilalui makanan tu tak dihargai.
Atau senang kata ia dimasak adalah untuk dibuang. sadis..ish


Kalau rasa tak habis, jangan ambil banyak.
Kalau memang sebungkus orang kedai bagi banyak, share dengan orang lain..
Kalau dah tak ada orang nak share, bungkus bawak balik..
*Hey, makan bila lapar berhenti sebelum kenyang*
Ok, tak ke membazir tu saudara syaitan?
*nanti ulat makan..*
Sebelum bagi ulat makan, bagila dekat manusia yang lebih memerlukan.. ulat tu, makan tak memilih. 
Dia boleh je hidup dengan suka hati.
Semua tumbuhan dan haiwan yang boleh dimakan diciptakan khas buat manusia. Marilah menjadi hamba yang bersyukur~



"Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu (tumbuhlah dengan suburnya) tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh manusia dan binatang bercampur-aduk dan berpaut-pautan (pokok-pokok dan pohonnya) dengan sebab air itu hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias (dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni) dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka dapat berbagai-bagai tanaman serta menguasainya (mengambil hasilnya) datanglah perintah Kami menimpakannya dengan bencana pada waktu malam atau pada siang hari lalu Kami jadikan ia hancur-lebur, seolah-olah ia tidak ada sebelum itu. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang mahu berfikir (dan mengambil iktibar daripadanya)." (yunus:24)

Kalau ada ayat yang lebih sesuai, tolong maklumkan ye.

Setiap rezeki untuk kita sudah tertulis. Bila dah ada depan kita, pastilah Allah telah tetapkan untuk kita. Jadi,kenapa perlu menolak rezeki?

Teringat ketika pergi talk Dr Tariq Ramadhan (cucu Hasan Al-Banna), beliau sendiri menegaskan untuk habiskan makanan yang dalam pinggan kita. 


2 comments:

little daie said...

hehe sape yg usaha, dia yg tau perit jerihnya^_^

jgn add shaitan as friend

AmirSyafiq said...

ibrah selepas openhaus..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails