ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Monday, July 2, 2012

series of camping

Seronok dan gembira! Macam sama je kan. Takpe, itulah perasaan saya bila dapat pergi mukhayyam a.k.a camping. 2 minggu berturut..  Rasa macam puas hati sebab dapat lepaskan gian. Bunyi macam ape je. Tapi betulla, sebab waktu zaman sekolah sejak saya darjah 4 hingga tingkatan 5, tiap tahun mesti ada mukhayyam. Bila dah keluar,tak ada mukhayyam mestila sangat rindu~

Walaupun tak selasak zaman sekolah, saya tetap rasa seronok. Berjumpa dengan lebih ramai orang hebat, sangat terasa kerdil. Kesimpulan yang saya dapat dari mukhayyam pertama di johor adalah, mereka semua punyai personaliti yang menarik :)

 15-17 julai 2012
Sarapan pagi - Task: setiap orang maximum RM 2
Ziarah tokoh: Mak cik Jasmin


Task seterusnya: khidmat masyarakat dan solat dhuha

Inilah group saya yang best~
Kemudian kami ke Giant dekat U Mall, untuk sesi Dakwah Fardhiah. Atau senang kata, untuk mengajak orang kepada Islam.. Saya memang kurang skill, segan je memanjang. Nasib la berjalan dengan orang yang berpengalaman, Mak cik Rokiah :)
Waktu lunch lega tak ada limit
Lepas selesai lunch, kami dapat koordinat dan pergi ke destinasi dengan GPS.

Bila sampai, sekali kena jalan 5km.

Baby pun join mukhayyam.. Sangatla saya kagum
Tempat mukhayyam ni dekat kebun Pak Cik Razali, jadi kami dapatla merasa durian
Waktu penutup. Alhamdulillah~
   Terima kasih ya Allah, atas pengalaman ini. Mereka mampu mengkaitkan setiap aktiviti dengan bacaan yang mereka baca. Buat saya semangat! 

Rasa macam banyak pulak. Nantilah saya update tentang mukhayyam lagi satu.. 
Oh ye, bagi yang bercuti..jangan sepikan diri. Masa lapang hanya akan membunuh. Isilah sebaik mungkin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails