This post specially for Kak Lang.. hee. Kenapa?
Sebab...
I'll miss so many things afterwards. Oh, before that. Mabruk buat Kak Lang dan Abe Lang~
Sebab...
Lepas ni mesti dah susah nak pi berjalan ngan Kak Lang, kena mintak izin dulu. Silap-silap Abe Lang ikut jadi bodyguard. Hoho.
Dah tak boleh sesuka hati pi turun UIA Gombak, singgah JJ Wangsa Maju dan pau Kak Lang beli Big Appe dengan Tako Tao..*ni paling sedeh, favourite!!
Dah susah nak ajak pergi swimming sama-sama kat UIA walaupun haritu masuk pakai seludup je (jangan tiru aksi ini) dan hanya boleh main dekat-dekat sebab kolam penuh sangat. *tempat paling cetek paras dada, mana la tak berlonggok orang kat situ..
Dah susah nak cari orang untuk teman pi ke mana-mana sesuka hati walaupun tak merancang dengan teliti dan rapi *skem.heh
Dah susah nak jadi perunding imej kitorang (adik-adik) walaupun semua dah besar.. Oh,segan di situ.
Segala perancangan jahat dan nakal rasa dah kena simpan elok-elok. Kak Lang kena jadi isteri yang baik kan.. No more j_a_s.hehe. (Ok, Abe Lang sila didik Kak Lang dengan sabar..)
Thank you so much for many things indeed for every things. To be there when I need some advice, to train me many things and teach me about life. Eventhough after this, it won't be the same as the old time but we're sister right? :) I'll always pray for your happiness. May Allah bless~
Kak Long and Kak Ngah, sila jangan sedeh.. Kak Cik tak cukup matang by the time korang kawen.. But I'll post something for both of you in the future insya Allah..huhu. Post kali ni sebab Kak Lang baru kawen.
Saya tak nak membea-bezakan adik-beradik saya. Semua orang ada cara dan speciality masing-masing. Kalau orang tanya, kakak mana yang paling best? I guest that question just have no answer. Yang penting, mereka semua pelengkap hidup saya~ Dan saya rasa sangat bertuah, menjadi orang paling lengkap dalam keluarga, ada kakak (4 orang), seorang abang, adik perempuan dan adik lelaki (2 orang).. Adik-beradik yang lain semuanya tak lengkap, mereka akan kekurangan sekurang-kurangnya satu. Contohnya, adik perempuan saya tak ada adik perempuan dan abang saya tak ada abang *err..boleh faham ke?
Ya Allah, terima kasih.. jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur
Kesan tarbiah yang berjaya boleh dilihat dari keluarga yang bahagia.. Tak percaya?
1 comment:
nice one dear sis!
nothing changed, i'll just be the same..i'm your sister and i'll always be
Post a Comment