ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Monday, March 28, 2011

Allah kan suka..

Kain yang baru diangkat petang tadi dibiakan dahulu atas sofa. Bila dah malam sikit atau pagi esok baru rasa rajin nak lipat. Jadi suri rumah ni semput jugak ek. Walaupun tak sepenuh masa..hee..

Lepas maghrib, adik dah selesai mengaji dan baca buku sekolah dia . Umi abah pulak pi masjid kat taman U. Tiba-tiba hari ni nak ke sana. Iki pun ikut sekali, tinggalla saya ngan adik. Tiba-tiba adik cakap

"Kak cik,jomla kita lipat kain..kita lipat sama-sama"

Biar betul adik ni. Saya tengah tengok berita,jadi ralit pulak. Adik dah pergi lipat kain (dengan gaya dan cara dia..adeh)

"Kak cik, jomla tolong adik. Banyak lagi ni kita kene lipat..Adik penat la.." Dia goyang-goyangkan tangan nak cakap lenguh lipat baju.

Saya tengok baju-baju yang dia dah lipat. Nampak gaya saya kene lipat lagi sekali nih. Takpelah, dia dah maju setapak ke hadapan. Bagus! huhu. Saya joinla dia lipat sekali.

"Adik, kenapa adik nak lipat baju tiba-tiba?" ayat macam tak puas hati. heh..Sebab saya tak cadang nak lipat malam tu.

"Takpelah... Nanti bila Umi balik, Umi tengok adik lipat. Nanti adik jadi anak soleh. Allah kan suka anak soleh.."

Wahwah,bagusnye la budak ni-malam tu je dia rajin. "Bagusnye adik. Ha..kalau nak jadi anak soleh selalu kenala tolong umi selalu tau.."

Sungguh-sungguh dia lipat. Mana yang tak tau, sungguh-sungguh jugak dia suruh saya ajar. Memang tak cantik pun dia lipat tapi, saya nak dia belajar. It's a learning process through life. Bukan sekadar dalam kelas dan buka buku.

Umi balik, dia terus lagi lipat.. Sampai umi tegur dia. Gembira dia cakap dia yang lipat baju-baju tu. huhu..
Belajar elok-elok ye adik. Moga menjadi pejuang, penyambung batu-bata yang tersusun rapi~

Monday, March 21, 2011

"bina masjid"

"Kita seharusnya membina masjid dengan sepenuh hati, mengikut prinsip yang telah diajarkan oleh Rasulullah.."
suara penceremah tenang melontarkan ilmu, meresap ke dalam jiwa-jiwa yang hadir.

"Sekarang, baru akak faham.. kenapa perkahwinan dikatakan membina masjid.. " kata seorang akak, dengan senyuman manis.. Ya, saya yakin. Memang ia lebih dari itu. Maknanya mendalam, tanggungjawab meniti disebalik bait-bait kalimah dan pastinya ia akan dipersoalkan.

Bila disebut perkataan bina masjid, lintasan pertama mesti tentang perkahwinan. Saya pun terfikir macam gitu jugak. Tapi rupanya bukan hanya soal itu, ia menjangkau kepada asbab ia digelar sebagai bina masjid.

Mari kembali ke zaman Rasulullah.. Perkara pertama yang Rasulullah lakukan ketika sampai di Madinah adalah membina masjid. Tiada kubah, tiada menara..cukup dengan pelepah2 tamar serta pohonnya untuk bangunan tersebut digelar masjid. Namun fungsinya hebat! Segala aktiviti dilakukan di situ, hinggakan pentadbiran juga di situ. Klau orang sekarang 3 in 1, 5 in 1.. Ini, ALL in 1! :)

Rasulullah tidak mementingkan tentang rupa, tetapi memainkan fungsinya dahulu. Hikmahnya terserlah, betapa kita perlu memakmurkan masjid tersebut dengan segala hal yang dibenarkan. Unlimited. Tujuan utama masjid dibina adalah untuk bersujud, iaitu mentaqarrubkan diri kepada Allah. Maka, masjid itu boleh jadi di mana-mana sahaja yang boleh membuatkan kita rasa dekat dengan Allah.

Tempat belajar, tempat kerja, dalam rumah, semuanya adalah masjid. Ya, masjid yang dibina dengan ruh, bukan hanya fizikal. Tapi tak bermakna kita dah tak pelu ke masjid yang sebenar.. Kerana kita harus mengimarahkan masjid tersebut hingga mampu berfungsi sebagaimana Rasulullah laksanakan..

Hurm..bukan mudah,kan? Perlu bina masjid dalam diri untuk bina masjid yang sebenar.. Kalau Rasulullah sudah buat, mari ikut sunnah~

Selamat membina masjid :)

Tuesday, March 8, 2011

si kenit

bismillah
Assalamualaikum..

Alhamdulillah semester 2 di cfs telah berakhir dan saya sudahpun mula bercuti! Tapi saya tidaklah terlalu teruja untuk cuti..entahlah. Mungkin sebab saya tahu yang cuti ini paling lama yang pernah saya rasa. Yup, for the first time- 3 month of holiday..

Minggu pertama ummi cakap "Duduklah dekat mantin tu je. Boleh tolong-tolong kak ngah kemas rumah untuk kenduri nanti.." Heh, saya pun duduklah dengan bahagia.. Teman saya sepanjang seminggu di situ adalah budak-budak kenit yang chomel.. :)

Syahmi sangat suka tak puas hati dengan saya. Tiba-tiba je datang dan pukul2. Adeh..budak ni kan..
Waktu pagi ada masa yang saya turun bawah lewat, dia akan datang jenguk. Nak tengok cik teh dia tengah buat apa. Pergi jalan-jalan saya heretlah dia ke hulu ke hilir. Huhu.. agaknya orang ingat budak tu anak saya.Kalau ada orang tegur dia comel, cepat2 lari macam kena kejar. Ape la cami ni.. Seminggu jadi baby sitter, boleh patah pinggang..ngee

Ada satu ketika dia beli tic tac. Semangatla makan benda alah tu. Saya dengan kak ngah tengah tengok tv, dia main sorang-sorang.. Lepastu dia berhenti lompat dan pusing pada kami. Saya pelik bila tengok ada benda putih dekat hidung. Ya Allah! dia masukkan tic tac dalam hidung.. aiya.. cami nih.. Kelam kabut kitorang jadinya buat operasi hidung. Ergh.. bertuah sungguh. Lepastu dia makan buah kiwi seronok2. Dia pusing dekat saya semula dan tunjuk2 hidung. Aish..kiwi pulak? -.-'

Saya bergilir tidur rumah kak ngah dan kak long. Jarak rumah satu lorong je, jadi hari2 ulang-alik pun boleh. Kak long kerja jadi bila petang baru saya ke rumah dia. Pagi2 saya akan tolong kak long jaga anak2 sedara dan siapkan untuk ke tempat pengasuh. Ada satu pagi tu haziq merajuk dengan saya. Apa ntah saya buat.. sensitif dia sekarang. Budak nak membesar, macam gitulah.. Last2 dia cakap "Cik teh ni asyik pergi rumah cami je.." erk..dia baru 3 tahun dan dah pandai cakap macam gitu. "Cik teh tak sayang haziq.." adoi.. kenala pujuk balik. Saya janji dengan dia nk jumpa petang dan tidur di rumah dia lagi. "Lepas haziq balik school, kite jumpe ok?" Lepastu baru dia berdamai dengan saya..huhu

Tu kisah abang dia. Yang si adik nawfal pun ada perangai pelik jugak. Dia sangat suka mandi sebab dapat main air. Budak,biasala kan.. Saya tengah kemas2 dekat ruang tamu dan biarkan sahaja nawfal merangkak2. Tiba2 baru saya perasan dia dah menghilang. Kak long pun tak perasan sebab tengah masak di dapur. Saya tanyela kak long, mana nawfal? Pusing2 sekali tengok dia dah masuk bilik air berenang2 dekat atas lantai. Ya Allah! Gelinya la.. Alang2 dah berenang saya mandikan terus. Semput jadinya.huh

Selama seminggu dengan mereka, dah balik ni jadi rindu pulak.. Kalau gaduh sampai berdarah2! Adeh.. bercakar-cakaran dah biasa. Sepupu, standardla ek. Cepatlah membesar ye, jadi anak soleh.. Semua nak ikut cik teh hafal quran kan? Nanti cik teh ajar :) ..


Habis je kenduri aqiqah syahmi, kami terus bertolak ke JB. Masih banyak misi yang belum selesai.. Jangan nakal2 tau! Kite jumpa lagi..

syahmi si tembam

posing terbaru. selua ntah ke mana

adik nawfal yang kena buli dengan syahmi

haziq yang akan pertahankan adik dia dan buli balik syahmi :)

bila jalan2 ok je

time baik..lepas tu..adeh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails