ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Friday, March 12, 2010

bermain dengan masa; memburu atau terbunuh?

kenapa saya pilih tajuk ni?
sebab...
saya rasa saaangat singkat 1 minggu cuti midsem kali ni..
mungkin sebab banyak perkara yang nak dibuat
banyak aktiviti nak ikut,
banyak kerja yang perlu diselesaikan..

"Al-waqtu kassaif, illam taqto'uhu qoto'aka"
waktu ibarat pedang, kalau kamu tidak memotongya dia akan memotongmu

Hinggakan Allah sendiri bersumpah dengan masa
bermakna ia bukan perkara main-main..
kita juga akan ditanya tentang masa
apakah yang telah diisi dalam SETIAP SAAT yang berlalu

Sihat sebelum Sakit
Kaya sebelum Miskin
Lapang sebelum Sempit
Muda sebelum Tua
Hidup sebelum Mati

Masa juga kehidupan
kerana masa yang berlalu mengizinkan perubahan
seperti seorang anak kecil yang ingin berjalan
masa lah yang memberi kesempatan buatnya belajar

Masa juga penyembuh
kerana hati yang sakit perlukan masa untuk dirawat
masa akan memberikan kematangan
masa akan mendidik melahirkan hati yang baru
antara sebentar atau lama
tetap, masa yang memberi ruang..
[jangan putus asa dalam da'wah! :) ]

awas, masa yang membunuh
hinggakan tidak terasa bisanya
kita hanya sedar tatkala diri berpindah alam
alam yang tiada kemaafan lagi..

semakin hampir kiamat, semakin pantas masa berlalu..betul tak?
sedar-sedar je dah besar. rasa macam baru semalam je tadika
[ni kes hantar adik gi tadika, teringat zaman muda2 dulu :p]
apa yang paling ditakuti
masa itu sendiri melaknat kita
dan menjadi saksi di akhirat
bahawa kita mensia-siakannya...

p/s: esk dh kembali ke medan jihad. doakan kami, cuti ni macam susah nak buka qura'n. (uh,bknkah setiap cuti sama? ngee) doakan kami dpt istiqamah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails