ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Tuesday, March 9, 2010

Masa itu tiba jua

bismillahirrahmanirrahim

"tidak dinamakan pertemuan melainkan ada perpisahan"
hanya bezanya, perpisahan jasad, roh insya Allah tetap bersatu..

Masih teringat ketika awal-awal menjejakkan kaki ke Darul Quran.
Rasa sangat kerdil sebab kita bukanlah siapa-siapa. Iyelah, kalau dekat sekolah dulu
sebut nama ayah,mak atau adik-beradik, pasti akan orang kata "ooo..anak ni, ooo adik dia ni.. ala, muka memang sama tak cakap pun tau.." dsb
Tapi ana bukanlah mengharap pada nama, bukan juga mengharap untuk orang kenali. Hanya mungkin keterbiasaan itu melahirkan kejanggalan. Seronok pun ada juga, sebab orang tak kenal kan. Kalau kita buat jahat bukannya orang tahu kita dulu macam mana (jangan tiru ayat ni..huhu).

Pastinya yang dicari adalah senior-senior bagi merujuk untuk sebarang permasalahan. Masalahnya senior SMIH JB ni ada ikhwah sorang je. Terkulat-kulat la kami ni waktu tu. Bila dapat tahu ada MGB-SIM lain, hati memang gembira. Sangat tak sabar nak jumpa. Biaselah, semangat seMGB tu memang kuat bila dah dekat tempat lain ni. Tercari-carilah dengan semangatnya.. Yang sedihnya, tak jumpa-jumpa sampailah..

~~~~~~~~tengah berdiri sebelah water cooler tiba-tiba datang seorang akak dengan pisau di tangan. Apehal akak ni? Macam seram. Muka waktu tu memang nampak garang.. Mulut ringan pula nak bertanya dan terbuallah sikit.

"Ana tengah geram ni. Yahudi memang melampau! sesuka hati je buat macam gitu.. ana memang tak boleh nak duk diam dah ni" dengan semangatnya Kak Nabilah berbual dengan ana.

"Eh, nama awak sape? Nama akak nabilah, Al-Amin gombak. Nanti datanglah bilik ye!" ana membalas semula pertanyaan Kak Nabilah dan memerhati sahaja Kak Nabilah ke tangga. Ada hal lain katanya. Hati ana gembira sebab dah jumpa dengan pelajar MGB. Aiseh, nombor bilik tak tanya, nombor hp pun tak ambil. Macam mana nak contact?

~~~begitulah alkisah ana kenal dengan kak nabilah untuk pertemuan pertama. Akak, kalau baca jangan marah tau! Ana tak ingat sangatla dialog akak..huhu..

Selepas itu, kami ada berjumpa semula dan bertaaruf secara lebih proper.. Kalau dengan kak nabilah ni, gelak memanjang je. Yang bestnye suara dia memang power. Lagi-lagi tengah syok cerita ke, ketawa ke, orang nun jauh di sana pun boleh join sekaki. Hehe.. apa-apapun ana sangat gembira berkenalan dengan akak :)

~~~hari tu nak outing ke mana entah. Dah lama, tak ingat da.. Tunggu ktm lama pula, dan kami(budak2 SMIH JB) berbual-bual. Tiba-tiba sya terpandang seorang akak yang tengah duduk.

"Ana macam kenal la akak ni. Tapi segan, takut salah orang. Eh, serius muka memang macam pernah nampak" dengan semangatnya sya bagitahu kami. Ana iyekan ajela.. Akhirnya sya buat keputusan nekad untuk tegur akak tu (setelah cubaan beberapa kali..hihi).

"Akak, akak kenal kak ulfah tak?" sya segan-segan nak tanya.

"Kenal, kenapa? " balas Kak Ain

"Saya adik ulfah,dia kirim salam sebab dia cakap ada kawan dia nama Ain Fuad dekat DQ ni"

Dan akhirnya kami semua berkenalanla.. Kak Ain Fuad alumni Saidiah Seremban. Sya la yang paling banyak bercerita. Iyela, satu sekolah.. habis keluar semua cerita zaman kanak-kanak riang.

~~~Rasa macam sempit aje dunia ni. Pusing-pusing, ada perkaitan yang membuatkan kita dapat kenal seseorang tu. Sorilah ye kalau dialog di atas tak sama. Rekaan semata-semata.. :) Kak Ain ni macam kakak sulung kami. Waktu Maisarah sakit, Kak Ain la yang banyak tolong. Siap tidur dekat bilik Kak Ain lagi. Sampai orang pelik, Kak Ain ni kakak maisarah ke? hihi.. itulah namanya ukhwah MGB. Baru kenal pun macam dah tertaut.. Kalau kami ada masalah, selalu merujuk dengan kak ain. Merasala ada kakak kat DQ!


[][][][][][][][][][][][][][][[][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][][]


tik..tok..tik..tok..

Masa terus berlalu dan perkenalan kami dah setahun lebih..
Program diploma keluar bulan 2, program sijil bulan 5.
Jadi kami mengiringi pemergian mereka dengan perasaan yang bercampur.
Nanti kami akan keluar juga, afa, syafiqah dengan fadzilah pulak yang ditinggalkan.
Tapi kami keluar lambat sikit, sedihla pulak.
Nanti bulan 7 kita konvo sama,kan? Bolehla jumpa lagi!
Takpelah, yang penting ukhwah kita bukan atas nama tapi kerana Allah.
Biarpun permulaannya begitu namun semaian dan baja yang ditaburkan membuahkan hasil.
Ya, hasil yang manis... Susah nak jumpa dekat tempat lain.

Post kali ni memang ana buat khas untuk kak ain dan kak nabilah. Afa, syafiqah dan fadzilah jangan jelous ye. Nanti ana keluar, korang post pulak ye (ala-ala tak malu..hihi)
Sebelum berpisah, kami sempat bergambar bersama dan bertukar-tukar hadiah. Sungguh, biarpun sekejap ruhnya mengalir.. Terima kasih semua kerana mencorakkan kehidupan ana di DQ :)


gambar yang menjadi hadiah dan di framekan untuk semua


kami di jeti DQ. dah macam nak roboh, seram. tapi tetap utuh sebab nak bagi peluang kami bergambar :p

6 comments:

Unknown said...

jangan bersedih.

|makhlukDIA| said...

paiiiiiiiii :(

theSPREADER said...

afa, nnt ana tggu post nt pulak ye..huhu

Muna Majidah Zameran said...

salam,ukht
mcm skejap je kan masa berlalu?
apa pun, ana cuma nak tanya, xde niat ke nak mai blaja kt usim ni...?

Asif said...

salam ziarah.

controversial juga post.

theSPREADER said...

muna majidah: alamk, nt ni. soalan cepu emas..

asif: blh ana tmbh statement tu? yup, kontroversi hanya di DQ. buat it not a sin, right? thnks anyway

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails