ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Friday, March 13, 2009

setelah sekian lama...akhirnya

sebenarnya ana dah buat countdown nak balik bercuti sejak 4 minggu sebelum :P
lagi2 bila sahabat2 selalu contact untuk membincangkan tentang masalah2 yang terjadi di sekolah, batch dsb. sampaikan waktu tengah syura, telefon ana then sahabat ana buat loudspeaker. betul2

buat ana rindu pada sekolah..dakwah,tarbiyah,kerja dsb.
nak dijadikan cerita, hari jumaat 6/3/09 tiket bas ana pukul 3.30ptg. dalam kelas tasmi' lepas naik rehat semua dah hilang fokus. sesuka hati je berbual (tapi dah tasmi' awal2 la). minta maafla ustazah mas azura, kami dah tak sabar nak balik.

habis kelas bergambar sekejap dengan akak2 dan terus ke stesen ktm kkb. kami ber4 balik sekali(ana,jannah,sya n fara) waktu ana ngan jannah solat, barang2 kami dijaga oleh sya n fara. sekali kami terlepas train! waktu tu 1.45ptg. next train, 2.40..aduih..memang risau sangat. telefon kak lang pulak kena jerkah dengan dia. jannah pun kena! maaf ye jannah, salah ana :)

disebabkan barang2 je yang selamat naik, sya n fara tunggu kami dekat stesen rawang. sampai sana 3.05 dan sampai di putra 4.05ptg. dah jatuh ditimpa tangga, bas pun melepas... kami terus ke pudu untuk beli tiket baru. orang kaunter tu kata pukul 5.30ptg. tunggu2 dah sejam tak sampai2. lepastu suruh tukar2 tiket pulak. waktu tu ana memang berserah pada Allah je, yang penting janganlah kena telan duit. alhamdulillah 7.40 dapatlah naik bas setelah berkejar2 ke sana ke mari. kaki rasa macam nak tertanggal, tekak sangat haus, mujur kami dah siap2 beli roti untuk makan malam.

akhirnya ana selamat juga sampai di rumah jam 2.00 pg, minta maaf ummi abah. rasa sangat bersalah! nampak sangat kami ni masih hingusan, banyak yang belum tau dan sangat kurang pengalaman. sepanjang awal sampaila naik bas tak berhenti keluarga telefon. bila dapat tau ana tertinggal bas je habis kecoh satu rumah! umi, kakak2,adik semua nak telefon. rasa terharu pun ada jugak..rupa2nya concern jugak mereka2 ni!hehe..sampai bateri hp tinggal satu bar. alhamdulillah Allah bagi pengalaman ni awal2. ana harap ia takkan berulang..

~"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu..." 2:216

1 comment:

Unknown said...

da sampai rumah.huye.boleh lepas rindu kat semua.rindu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails