ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Friday, March 13, 2009

saat kaki melangkah

hari selasa seperti yang dirancang, ana pergi ke sekolah yang tercinta bersama sahabat2.
rasa segan pun ada jugak tapi ada misi yang perlu dicapai. sampai2 sahaja, adik2 serbu dengan pelbagai ekspresi, terkejut,gembira,menjerit,nangis pun ada...(macam artis pulak :P)
ada pulak yang tiba2 minta ana bagi tazkirah. ish..lagi ana segan. dibuatnya betul2 ada suruh bagi tazkirah, mesti menggeletar! dah lama tak bercakap di hadapan.

bumi hidayah gersang dari tarbiah? itulah isu yang sering ana dengar sebelum bercuti. "akak, cepatla balik..sekolah dah tak macam dulu..ana rindu zaman dulu..ana rindu x-gen" begitulah antara sms yang ana terima. sebelum bertindak, kita perlu memahami keadaan. ana meneliti, ana mendengar dan ana cuba untuk merasai suasana mereka. ana rasa ana tak mampu menilai secara total kerana sebab ana tidak mendalami sepenuhnya.

keesokannya, seharian ana di sekolah dan bermalam bersama adik2 prs. banyak hijab2 terbuka, ana hanya mampu menjadi pendengar yang baik dan cuba memberikan beberapa penyelesaian. ana bukan penghukum, dan ana tidak mahu sesiapapun menjadi penghukum. siapalah kita berbanding yang Maha Mencipta?

setelah menghadiri syura, ana lebih mengerti. memang, tarbiyah bukan hanya sehari dua. mungkin kesannya kita boleh nampak setelah 5 atau 10 tahun akan datang. tugas kita sekarang, teruskan menyampai. jangan sesekali tenggelam dalam masalah hingga membuatkan kita tidak mampu mencari penyelesaian. Allah sudah berjanji bahawa setiap masalah yang Allah berikan pasti mempunya jalan penyelesaian. hanya kita yang mahu mencari atau tidak.

siapa tak sedih bila sekolah semakin menurun syakhsiahnya? barangkali salah kami, kurang menurunkan ilmu kepada adik2 untuk mereka jadikan rujukan. mudah2an Allah permudahkan urusan adik2.. ingatlah, ujian yang hebat untuk orang yang hebat kerana ganjarannya pasti hebat!! moga2 kita terus ikhlas dan istiqamah menyeru dan menyebarkan ajarannya..

~"dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia mengerjakan kebaikan..." 4:125

2 comments:

Unknown said...

jom tolong adikadik.bagi idea pun dah best kan.

Maryam Zahidah said...

'bumi Hidayah gersang dari tarbiah'

ikut hukum alam

siram biar basah
baja biar berbuah

salam sayang,
maryamzahidah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails