ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Friday, March 13, 2009

..:: the precious moment ::..

hari tu, hari bersejarah. khamis, 12 mac 2009 menjadi saksi buat calon spm 2008 mengambil keputusan.

awal2 pagi sudah di sekolah disebabkan menemani adik2. oleh kerana keputusan sedang dalam proses untuk dikeluarkan, jadi ana dan beberapa sahabat merayau dekat sekolah, minta kerja untuk ditolong. sijil2! banyak lagi belum siap isi dalam fail. kami cuba buat secepat mungkin dan hantar ke musolla banin.

lebih kurang satu jam sebelum ambil keputusan. tahap debaran dah kritikal. lagi2 ana dengar ada ikhwah yang dah tahu keputusan mereka. cemerlang pulak tu! ana sangat risau sampai rasa nak termuntah (typical me when i'm nervous). beberapa sahabat ana dah mengalirkan mutiara tatkala mendengar khabaran tersebut.

ana cuba menenangkan diri, berjalan2 dan berjumpa dengan guru2. saatnya tiba, kami berkumpul di dewan Al-Qadisiyah. kebetulan tempat duduk ana paling depan dan jarak beberapa langkah sahaja dengan ustazah kamaliah. tiba2 sahabat di belakang cuit ana dan dia berkata "fasabbih bihamdi rabbika wastaghfirh".. alhamdulillah, terima kasih maisarah! mengingatkan ana tatkala kerasionalan hampir lenyap. camera di tangan digunakan sebaiknya, sepanjang pengumuman dan ucapan penting ibunda ustazah kamaliah berjaya dirakamkan. sekarang berada pada syakirah, pemilik camera tersebut. ada rezeki, ana postkan di blog ini insya Allah.

batch terbaik sepanjang 10 generasi keluaran hidayah...Subhanallah, Alhamdulillah, Astaghfirullah.. menggigil tangan ana dan perasaan sebak dan terharu memenuhi jiwa. ramai yang menumpahkan air mata ketika keputusan itu diumumkan. tahniah juga kepada 7 orang sahabat2 yang mendapat straight a. you all deserve it!

disebabkan ramai yang bertanya mengenai keputusan ana, ana sertakan di sini. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Bahasa Melayu 1A
Bahasa Inggeris 1A
Matematik 1A
Pendidikan Al-Quran Sunnah 1A
English for Science andTechnology 1A
Sejarah 2A
Add Math 2A
Bahasa Arab 2A
Pendidikan Syariah Islamiyyah 3B
Physic 4B
Biology 4B
Chemistry 5C

= 5A1, 3A2, 1B3, 2B4, 1C5

mula2 ana agak sedih.. PSI B? Chemistry C? ambil aliran sains tapi subjek sains langsung tiada A?

kemudian ana fikir balik.. boleh jadi ini satu petunjuk. ana sebenarnya tidak sesuai dalam bidang ini, barangkali. ataupun ini sebagai kafarah dosa ana.. boleh jadi juga Allah ingin menguji bagaimana konsep redha yang seringkali ana dengar dan ana peringatkan pada orang lain juga.
walabagaimana keadaannya, ana bertuah. Allah tidak akan sesekali menzalimi hambanya kerana Allah bersifat dengan sifat Al-'Adl. setiap sesuatu telah diletakkan pada haknya. maka bersyukurlah~

"zalika bimaa qaddamat aydiihim wa annaLLAH ha laisa bizhallamin lil 'abid"

2 comments:

nadiahusna said...

huhu...same here..ana pon realize sebenarnyer science stream nie x melekat kat hati..dan Allah juga nk test keredhaan hatiku ini...huhu

Unknown said...

bersyukur tu susah tapi seronok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails