ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Friday, December 23, 2011

Sakit? Biar dekat dunia~

Ya Allah,terima kasih! 
Dalam kelalaian hari-hari yang berlalu sekurang-kurangnya rasa terisi bila dapat hadir ke Kem Tahfiz di SMIH. Tak tipula, awal-awal dapat sms rasa malas nak pergi. Dah selesa dengan bersenang-lenang kot.. Haisy. Lagi pulak kem dah mula lama tapi perginya 3 hari terakhir (20-22 Disember 2011). Terima kasih Sya, datang dari Seremban lepas pujuk-pujuk ajak pi sekali. Terharu neh~ >.<

Subhanallah, semangat mereka buat saya rasa kerdil.
Mabruk 'ala kulli hal buat semua adik-adik.. Kalau saya ada di tempat mereka, rasanya tak mampu nak tanding. Dalam masa 12 hari, ada yang berjaya habiskan 102 muka surat (5 juz), 60 muka surat (3 juz), 50 lebih dan ramainya lebih dari satu juzu'. Adik yang 5 juz tu, dia berjaya khatam hafazan, Alhamdulillah~ 
Eh, tak sampai 12 hari la dia hafal.. *faint*
Jadi,terbuktilah bahawa otak manusia mampu menjangkau jauh dari had yang kita sangkakan. 
DIA hebat kan?

Waktu dah nak balik, jumpa dengan Ustazah Shahidah (guru yang sungguh berjasa!) dan kami berbual-bual.
Soalan paling best,
"Macam mana anti (awak untuk perempuan) mengulang sekarang?
Errr....
"Agak-agak yang betul-betul ingat ada berapa juz? 10 ada?"
Woh. Sungguh terasa. Macam kena panah. Eh, kapak kot. @.@

Memang betul nak hafal dan mengulang ni sakit. Walaupun satu ayat. Betul tak? Tak semestinya yang hafal 30 juz je kena jaga. Sesiapa yang ada hafal, WAJIB jaga.. *faint again* T____T
Jadi, biarla dekat dunia ni sakit, insya Allah dekat akhirat senang.. Allahumma ameen~
Sabda rasulullah s.a.w
"Dari Abdullah bin Amr bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Di akhirat nanti para ahli Al Quran diperintahkan, "Bacalah dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."
-sumber-

Terima kasih semua! Kredit : sumayyah ansarullah 

Ada satu ketika. Adik tingkatan 1 bagi tazkirah maghrib tentang kematian. Kagum,tingkatan 1 dah boleh bercakap sebegitu. Rasa macam waktu saya tingkatan 1 sangatla tak matang ^,^
Antara yang paling saya ingat,
"Ana (saya) rasa bersyukur sebab pernah merasai betapa dekatnya mati seolah-olah saat yang akan datang akan mati"
Tertanya-tanya jugak, apa yang dia alami? Tapi macam kelakar je nak angkat tangan dan tanya.
"Sebab ana dapat rasa sakit itu satu anugerah. Tanda Allah mahu kita sentiasa ingat Dia"
.......
Speechless
Terpukul, sebab rasa macam tak pernah terfikir.
Manusia, fitrahnya bila sakit akan lebih ingat Allah kan. Jadi yang kita duk doa minta Allah sentiasa bagi kita ingat Dia datang dengan pelbagai cara. Antaranya,sakit. 

Ya Allah, kurniakan kami istiqamah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails