ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Friday, December 23, 2011

Sakit? Biar dekat dunia~

Ya Allah,terima kasih! 
Dalam kelalaian hari-hari yang berlalu sekurang-kurangnya rasa terisi bila dapat hadir ke Kem Tahfiz di SMIH. Tak tipula, awal-awal dapat sms rasa malas nak pergi. Dah selesa dengan bersenang-lenang kot.. Haisy. Lagi pulak kem dah mula lama tapi perginya 3 hari terakhir (20-22 Disember 2011). Terima kasih Sya, datang dari Seremban lepas pujuk-pujuk ajak pi sekali. Terharu neh~ >.<

Subhanallah, semangat mereka buat saya rasa kerdil.
Mabruk 'ala kulli hal buat semua adik-adik.. Kalau saya ada di tempat mereka, rasanya tak mampu nak tanding. Dalam masa 12 hari, ada yang berjaya habiskan 102 muka surat (5 juz), 60 muka surat (3 juz), 50 lebih dan ramainya lebih dari satu juzu'. Adik yang 5 juz tu, dia berjaya khatam hafazan, Alhamdulillah~ 
Eh, tak sampai 12 hari la dia hafal.. *faint*
Jadi,terbuktilah bahawa otak manusia mampu menjangkau jauh dari had yang kita sangkakan. 
DIA hebat kan?

Waktu dah nak balik, jumpa dengan Ustazah Shahidah (guru yang sungguh berjasa!) dan kami berbual-bual.
Soalan paling best,
"Macam mana anti (awak untuk perempuan) mengulang sekarang?
Errr....
"Agak-agak yang betul-betul ingat ada berapa juz? 10 ada?"
Woh. Sungguh terasa. Macam kena panah. Eh, kapak kot. @.@

Memang betul nak hafal dan mengulang ni sakit. Walaupun satu ayat. Betul tak? Tak semestinya yang hafal 30 juz je kena jaga. Sesiapa yang ada hafal, WAJIB jaga.. *faint again* T____T
Jadi, biarla dekat dunia ni sakit, insya Allah dekat akhirat senang.. Allahumma ameen~
Sabda rasulullah s.a.w
"Dari Abdullah bin Amr bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Di akhirat nanti para ahli Al Quran diperintahkan, "Bacalah dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."
-sumber-

Terima kasih semua! Kredit : sumayyah ansarullah 

Ada satu ketika. Adik tingkatan 1 bagi tazkirah maghrib tentang kematian. Kagum,tingkatan 1 dah boleh bercakap sebegitu. Rasa macam waktu saya tingkatan 1 sangatla tak matang ^,^
Antara yang paling saya ingat,
"Ana (saya) rasa bersyukur sebab pernah merasai betapa dekatnya mati seolah-olah saat yang akan datang akan mati"
Tertanya-tanya jugak, apa yang dia alami? Tapi macam kelakar je nak angkat tangan dan tanya.
"Sebab ana dapat rasa sakit itu satu anugerah. Tanda Allah mahu kita sentiasa ingat Dia"
.......
Speechless
Terpukul, sebab rasa macam tak pernah terfikir.
Manusia, fitrahnya bila sakit akan lebih ingat Allah kan. Jadi yang kita duk doa minta Allah sentiasa bagi kita ingat Dia datang dengan pelbagai cara. Antaranya,sakit. 

Ya Allah, kurniakan kami istiqamah..

Sunday, December 18, 2011

Mabruk~

Tengah duk transfer gambar-gambar, baru terfikir nak share dekat sini. Alhamdulillah,cuti kali ni paling meriah~ Ramai betul orang nikah.. Yang paling best dapat berjalan-jalan =)  
"bermusafirlah dan lihatlah kebesaran Allah"
Saya doakan moga mereka kekal hingga ke syurga..Ameen


Abe Ming (sepupu) dan Kak Ayu, Kelantan

Banjir dekat kampung

Pengantin pun kena redah air

si tembam yang takut dekat upin

Ok,dia sangat takut T.T

Farah Aida & En. Radzi, sahabat DQ, Kelantan

Brother's love?

Jumpe kawan-kawan dekat kenduri Kak Lang & Abang Lang di  Pahang!
Sangat terharu mereka datang =) Walaupun dah nak exam final block. Jazakillah~
Err..maafla, ni kes budak baru belajar amek gambar. sedeh =.='
Menghantar menantu, Kuantan,Pahang.

Thinking about sharing my trip with friends to three state. Should I? Hmm.. 
Sungguhla, bila berjalan ni lagi banyak benda yang kita lihat dan lagi banyak yang kita tak tahu.
Ilmu bagai air di hujung jarum sedangkan ilmu Allah selautan air.. 
" Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " 
(Ar-Rahman:23)

Saturday, December 10, 2011

jangan lupa...

Hari ni pertama kali ke area bandar JB sorang-sorang. Disebabkan hal ni kene settlekan sorang jadi takkan asyik nak bergantung dekat parents kan. Agakla berdebar, mungkin sebab lesen baru dapat beberapa bulan yang lepas.heh

Stereng dipusingkan ke kanan setelah melepasi traffic light. Parking dekat tepi jalan je. Memang kebiasaannya area situ. Signal kiri dibuka dan perlahan-lahan ambil space untuk park. Sekali... ah,sudah.. Brek kuat-kuat tapi dah terlambat. Masuk gear reverse, tak berjaya jugak. Ergh. Tayar depan belah kiri dah menjunam sikit ke longkang =.=' Alhamdulillah break lewat sikit je. Kalau lewat banyak, boleh jadi menjunam masuk dan... (ok,stop! tak nak bayang)

Fikir jap nak buat apa. Akhirnya telefon umi dan pastinya umi punya suara macam risau. Umi suruh settlekan dulu urusan, nanti umi mintak abah pi sana. Tiba-tiba datang seorang pemuda tengok-tengok kereta dan dia masuk ke dalam longkang sambil bagi direction. Dekat seberang jalan ada seorang wanita duk jinjit plastik sayur. Suami isteri kot. Rasa selamat sikitla, kalau orang datang nak samun ke boleh jadi jugak kan. Berpeluh pak cik tu tolong.. rasa serba salah pulak. Sebuah motor parking dekat depan kereta dan pak cik yang agak berusia turun.. Wah, sangat terharu~ Tak lama, berhenti sebuah van dan seorang pak cik india tolong bagi arahan sambil yang dua lagi duk tolak.

Beberapa minit lepastu kereta berjaya dikeluarkan. Alhamdulillah~ Pak cik- pak cik sekalian, terima kasih banyak-banyak! Tiba-tiba terasa semangat satu Malaysia.heh. Yang paling penting, Ya Allah, terima kasih tak terhingga!! Di kala ini, satu ayat terlintas dalam benak.. Sungguhla, Allah tak pernah mungkiri janji

At-Thalaq:3

Setiap kali keluar, jangan lupa untuk baca doa.. Mohon perlindungan daripada Allah, tanda kita bertaqwa kepada-Nya. Ayat ni bukan sekadar digantung dalam rumah atau restoran dan sebagainya. Ia patut difahami dan hayati dengan jiwa yang hidup. Penuh makna dan sangat mendalam.. 

Moga Allah mengurniakan aku dan kamu taqwa yang benar~ ameen.

p/s: Kecut perut nak bagitau abah sebenarnya. Tapi bila balik kena jugak bagitau, takut ada rosak. Abah rilek je dengar cerita.. hehe *lega!*

lokasi: berdekatan larkin
tarikh: 8/12/2011

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails