"Bismillahirrahmanirrahim.."
Sana sini orang sibuk memperkatakan tentang virus H1N1.
Pastinya seorang ibu bimbangkan anak-anaknya, seorang bapa bimbangkan ahli keluarganya, seorang sahabat khuatir akan sahabatnya, seorang guru risaukan anak muridnya, seorang pengetua risaukan perjalanan sekolahnya, seorang menteri bimbangkan rakyatnya dan pelbagai kerisauan menjengah ke dalam diri setiap individu.
the swine flu's virus
Itulah lumrah, manusia yang ketakutan mencari penawar. Semua orang berusaha menemukan jalan penyelesaian. Vaccine dijual dengan harga yang tinggi, hanya yang mampu sahaja dapat membelinya. Langkah pencegahan di war-warkan, hospital dan klinik menjadi antara tempat paling sesak di seluruh dunia. Penutup muka habis dijual, hanya tunggu stok baru tiba. Entah bila..
langkah berjaga-jaga
penemuan vaccine di cina

Lucu,ya. Sudah kali ke berapa kita mengalami perkara sebegini. Seolah-olah amaran Allah tidak dihiraukan! Kita pernah didatangi wabak SARS, selsema burung, denggi dan yang tidak pernah berhenti, HIV. Benarlah janji Allah, apabila suatu kemungkaran tidak dicegah pasti bala akan turun dan turut menimpa golongan soleh. Moga Allah golongkan kita dalam golongan soleh. Selama ini, adakah kita sudah berusaha? (tangan yang menaip lebih dekat dari mata yang membaca..Ya Allah, ampunilah daku..) Agaknya, kenapa Allah turunkan semua ini? Mari, tafakur sejenak... =_=
Hina dan kerdilnya manusia, kita takut pada makhluk yang lebih halus. Berperang secara senyap kerana musuh menjengah tanpa disedari. Kita hanya tersedar benteng pertahanan kita musnah apabila kita jatuh sakit. Umpama diserang hendap...
Kala ini, setiap manusia diuji oleh Allah. Ada yang diuji dengan sakit, ada yang diuji dengan kehilangan yang tersayang dan ada juga yang diuji dengan kesihatan. Manusia meletakkan pergantungan kepada Allah, konsep tawakkal teruji. Benarkah kita mampu bersabar dengan ujian-ujian ini? Fikiran manusia boleh jadi hilang pertimbangan. Takdir disalahkan atas apa yang terjadi. Lebih menggerunkan Tuhan pula yang dipersalahkan... na'uzubillah
Mari kita renungi, dalam setiap ujian pasti ada rahmat yang tersembunyi. Tidak akan tersingkap tanpa kita menyelidiki... Dalam keadaan sekarang, ramai orang menutup mukanya. Sukar untuk mengenali seseorang melainkan kita adalah temannya bukan? Rahmat yang dirasai, gangguan buat kaum hawa semakin berkurang. Rasa lebih terjaga kerana orang tidak mengetahui raut wajah kita. Saya kira ini sebagai pra-niqab. Sebahagian sahabat-sahabat saya di Darul Quran memilih untuk memakai niqab daripada 'mask'. Idea yang baik! Namun saya tidak pasti andai ada hujah di sebaliknya. Terfikir pula tentang beberapa negara arab yang mewajibkan wanita memakai niqab. Namun persoalan niqab ini hujahnya panjang dan khilafnya banyak. Saya bukanlah orang yang ahli di dalam ini. Mohon maaf andai ada yang tersalah bicara..
Ketika di dalam van, saya berbicara dengan ummi tentang gejala ini. Siaran berita semalam menyatakan bahawa pihak berwajib menjangkakan peningkatan kes untuk masa akan datang memandangkan musim tengkujuh akan tiba. Virus lagi mudah merebak dan kebiasaannya musim tengkujuh ramai yang kurang sihat. Pertahanan imuniti badan yang lemah memudahkan virus ini menyerang. Hati saya tersentuh dengan kata-kata ummi,"Allah nak bagi ramai lagi yang mati la tu.." Saya tersentak dan bertanya "Kenapa ummi?". Dengan lembutnya ummi menjawab, "Iyelah, dunia kan dah dekat dengan qiamat. Allah dah berjanji yang orang-orang beriman tidak akan merasai bagaimana dahsyatnya qiamat. Allah nak selamatkan dulu la tu sekarang ni.." Fikiran saya berputar.. Masya Allah, La Hawla Wa La Quwwata Illa Billah..
Ayuh rakan-rakan, bersangka baik dengan Allah! Dia yang menciptakan kita, dia yang kurniakan anugerah AKAL buat kita agar kita mencari penawarnya. Ketahuilah, penawarnya bukan sekadar ubat-ubatan jasmani tapi juga rohani.
~moga yang menaip lebih terkesan dan melakukan perubahan kerana diriku dipertanggungjawabkan atas apa yang telahku tulis..ameen!

3 comments:
semoga DIA berikan yang terbaik untuk kita semua.semoga DIA mengampunkan dosadosa kita+mereka.
betul3..
byk hikmahnya...
yup..
bersangka baiklah dgn Allah..
sume nie antare care utk mhapus dosa...
pai..sdp post kali ni..hehe~
aku senang aku senang..
Post a Comment