ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Friday, March 13, 2009

masa, pantasnya!

hurm...esok akan ke kuala lumpur, ada kenduri perkahwinan sepupu. insya Allah lusa akan tiba di daarul quran. doakan perjalanan ana, ye. tidak pasti akan dapat jengah blog ni lagi bila.

teringat tentang perpisahan, ada nasyid special (akhawat je kot yang tau)

di sini ana sertakan khas buat akhawat x-gen dan juga ukht syarifah zahidah n ukht alfiyah.
recording tiada pada ana jadi tak dapat nak sertakan.

Senyumlah dan maniskanlah wajahmu

Hilangkanlah duka laramu

Senyumlah dan maniskanlah wajahmu

Hidupmu kan lebih ceria

Sekian lama kita berusaha

Bersama-sama mengejar impian

Hingga terlupa pastinya ada perpisahan

Di dalam setiap pertemuan

Ya Allah kuberdoa

Satukan kami semua

Walau jauh dimata

Kita tetap bersama

Teruskan cita-cita

Demi islam yang mulia

Perjuangkan di mana saja

Kita berada

Janganlah kau lupakan

Sematkan di ingatan

Ukhuwwah ini takkan padam

Ya Allah kau kukuhkan

Tali persahabatan

Semoga kami kan bersama

Selamanya...




~X-gen Bersama Menggegar Dunia!!~

..:: the precious moment ::..

hari tu, hari bersejarah. khamis, 12 mac 2009 menjadi saksi buat calon spm 2008 mengambil keputusan.

awal2 pagi sudah di sekolah disebabkan menemani adik2. oleh kerana keputusan sedang dalam proses untuk dikeluarkan, jadi ana dan beberapa sahabat merayau dekat sekolah, minta kerja untuk ditolong. sijil2! banyak lagi belum siap isi dalam fail. kami cuba buat secepat mungkin dan hantar ke musolla banin.

lebih kurang satu jam sebelum ambil keputusan. tahap debaran dah kritikal. lagi2 ana dengar ada ikhwah yang dah tahu keputusan mereka. cemerlang pulak tu! ana sangat risau sampai rasa nak termuntah (typical me when i'm nervous). beberapa sahabat ana dah mengalirkan mutiara tatkala mendengar khabaran tersebut.

ana cuba menenangkan diri, berjalan2 dan berjumpa dengan guru2. saatnya tiba, kami berkumpul di dewan Al-Qadisiyah. kebetulan tempat duduk ana paling depan dan jarak beberapa langkah sahaja dengan ustazah kamaliah. tiba2 sahabat di belakang cuit ana dan dia berkata "fasabbih bihamdi rabbika wastaghfirh".. alhamdulillah, terima kasih maisarah! mengingatkan ana tatkala kerasionalan hampir lenyap. camera di tangan digunakan sebaiknya, sepanjang pengumuman dan ucapan penting ibunda ustazah kamaliah berjaya dirakamkan. sekarang berada pada syakirah, pemilik camera tersebut. ada rezeki, ana postkan di blog ini insya Allah.

batch terbaik sepanjang 10 generasi keluaran hidayah...Subhanallah, Alhamdulillah, Astaghfirullah.. menggigil tangan ana dan perasaan sebak dan terharu memenuhi jiwa. ramai yang menumpahkan air mata ketika keputusan itu diumumkan. tahniah juga kepada 7 orang sahabat2 yang mendapat straight a. you all deserve it!

disebabkan ramai yang bertanya mengenai keputusan ana, ana sertakan di sini. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...

Bahasa Melayu 1A
Bahasa Inggeris 1A
Matematik 1A
Pendidikan Al-Quran Sunnah 1A
English for Science andTechnology 1A
Sejarah 2A
Add Math 2A
Bahasa Arab 2A
Pendidikan Syariah Islamiyyah 3B
Physic 4B
Biology 4B
Chemistry 5C

= 5A1, 3A2, 1B3, 2B4, 1C5

mula2 ana agak sedih.. PSI B? Chemistry C? ambil aliran sains tapi subjek sains langsung tiada A?

kemudian ana fikir balik.. boleh jadi ini satu petunjuk. ana sebenarnya tidak sesuai dalam bidang ini, barangkali. ataupun ini sebagai kafarah dosa ana.. boleh jadi juga Allah ingin menguji bagaimana konsep redha yang seringkali ana dengar dan ana peringatkan pada orang lain juga.
walabagaimana keadaannya, ana bertuah. Allah tidak akan sesekali menzalimi hambanya kerana Allah bersifat dengan sifat Al-'Adl. setiap sesuatu telah diletakkan pada haknya. maka bersyukurlah~

"zalika bimaa qaddamat aydiihim wa annaLLAH ha laisa bizhallamin lil 'abid"

saat kaki melangkah

hari selasa seperti yang dirancang, ana pergi ke sekolah yang tercinta bersama sahabat2.
rasa segan pun ada jugak tapi ada misi yang perlu dicapai. sampai2 sahaja, adik2 serbu dengan pelbagai ekspresi, terkejut,gembira,menjerit,nangis pun ada...(macam artis pulak :P)
ada pulak yang tiba2 minta ana bagi tazkirah. ish..lagi ana segan. dibuatnya betul2 ada suruh bagi tazkirah, mesti menggeletar! dah lama tak bercakap di hadapan.

bumi hidayah gersang dari tarbiah? itulah isu yang sering ana dengar sebelum bercuti. "akak, cepatla balik..sekolah dah tak macam dulu..ana rindu zaman dulu..ana rindu x-gen" begitulah antara sms yang ana terima. sebelum bertindak, kita perlu memahami keadaan. ana meneliti, ana mendengar dan ana cuba untuk merasai suasana mereka. ana rasa ana tak mampu menilai secara total kerana sebab ana tidak mendalami sepenuhnya.

keesokannya, seharian ana di sekolah dan bermalam bersama adik2 prs. banyak hijab2 terbuka, ana hanya mampu menjadi pendengar yang baik dan cuba memberikan beberapa penyelesaian. ana bukan penghukum, dan ana tidak mahu sesiapapun menjadi penghukum. siapalah kita berbanding yang Maha Mencipta?

setelah menghadiri syura, ana lebih mengerti. memang, tarbiyah bukan hanya sehari dua. mungkin kesannya kita boleh nampak setelah 5 atau 10 tahun akan datang. tugas kita sekarang, teruskan menyampai. jangan sesekali tenggelam dalam masalah hingga membuatkan kita tidak mampu mencari penyelesaian. Allah sudah berjanji bahawa setiap masalah yang Allah berikan pasti mempunya jalan penyelesaian. hanya kita yang mahu mencari atau tidak.

siapa tak sedih bila sekolah semakin menurun syakhsiahnya? barangkali salah kami, kurang menurunkan ilmu kepada adik2 untuk mereka jadikan rujukan. mudah2an Allah permudahkan urusan adik2.. ingatlah, ujian yang hebat untuk orang yang hebat kerana ganjarannya pasti hebat!! moga2 kita terus ikhlas dan istiqamah menyeru dan menyebarkan ajarannya..

~"dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang dengan ikhlas berserah diri kepada Allah, sedang dia mengerjakan kebaikan..." 4:125

setelah sekian lama...akhirnya

sebenarnya ana dah buat countdown nak balik bercuti sejak 4 minggu sebelum :P
lagi2 bila sahabat2 selalu contact untuk membincangkan tentang masalah2 yang terjadi di sekolah, batch dsb. sampaikan waktu tengah syura, telefon ana then sahabat ana buat loudspeaker. betul2

buat ana rindu pada sekolah..dakwah,tarbiyah,kerja dsb.
nak dijadikan cerita, hari jumaat 6/3/09 tiket bas ana pukul 3.30ptg. dalam kelas tasmi' lepas naik rehat semua dah hilang fokus. sesuka hati je berbual (tapi dah tasmi' awal2 la). minta maafla ustazah mas azura, kami dah tak sabar nak balik.

habis kelas bergambar sekejap dengan akak2 dan terus ke stesen ktm kkb. kami ber4 balik sekali(ana,jannah,sya n fara) waktu ana ngan jannah solat, barang2 kami dijaga oleh sya n fara. sekali kami terlepas train! waktu tu 1.45ptg. next train, 2.40..aduih..memang risau sangat. telefon kak lang pulak kena jerkah dengan dia. jannah pun kena! maaf ye jannah, salah ana :)

disebabkan barang2 je yang selamat naik, sya n fara tunggu kami dekat stesen rawang. sampai sana 3.05 dan sampai di putra 4.05ptg. dah jatuh ditimpa tangga, bas pun melepas... kami terus ke pudu untuk beli tiket baru. orang kaunter tu kata pukul 5.30ptg. tunggu2 dah sejam tak sampai2. lepastu suruh tukar2 tiket pulak. waktu tu ana memang berserah pada Allah je, yang penting janganlah kena telan duit. alhamdulillah 7.40 dapatlah naik bas setelah berkejar2 ke sana ke mari. kaki rasa macam nak tertanggal, tekak sangat haus, mujur kami dah siap2 beli roti untuk makan malam.

akhirnya ana selamat juga sampai di rumah jam 2.00 pg, minta maaf ummi abah. rasa sangat bersalah! nampak sangat kami ni masih hingusan, banyak yang belum tau dan sangat kurang pengalaman. sepanjang awal sampaila naik bas tak berhenti keluarga telefon. bila dapat tau ana tertinggal bas je habis kecoh satu rumah! umi, kakak2,adik semua nak telefon. rasa terharu pun ada jugak..rupa2nya concern jugak mereka2 ni!hehe..sampai bateri hp tinggal satu bar. alhamdulillah Allah bagi pengalaman ni awal2. ana harap ia takkan berulang..

~"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagi kamu..." 2:216

Sunday, March 8, 2009

a nice song, give me strength. love it!

I AM NOT AFRAID TO STAY ALONE

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high
Single mother raising her children
And Now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
It Was a healing for her heart
Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off
She was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love --
They brought her in -- told her shes the 1 pick
You got the job, but you gotta lose the outfit"
It's a tough position that you put me in
Cause look at my condition, and my two children
But I'll continue looking for a job again
Cause my faith and my religion I will never bend
I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high
Peer pressure, they were insisting
And I was resisting
Some days.... I felt I would give in
Just wanted to fit in
sebelah ana ada kwn baru, pelajar SMAKJ
us! dengan 2 org akhawat sem 6 diploma yg bakal ke syria bulan 4 ni insya Allah.

..::terima kasih ya Allah, engkau mngurniakan kami ukhwah yg unik, biar sekejap cuma umpama sudah lama berkenalan::.. alhamdulillah, hasbunallah~

inilah masjid daarul quran, diambil oleh ustaz muktasyaf. mmg pro..

mid sem break..a week

sekarang ni bercuti utk mid sem, naik 15 mac nnt. bila kira2 balik, dah hampir 3 bulan ana di dq. macam2 pengalaman n perasaan yg dpt. banyak persangkaan2 yang mendidik ana menjadi lebih matang dalam bidang dakwah dan tarbiyah. Alhamdulillah, hasbunallah~ anyway, sesape nk masuk dq jugak, tp bukan dlm bidang science di persilakan slps dpt kptsn spm. any details? contact us! (faizah,jannah,farhana,maisarah,syakirah) insya Allah boleh bg gmbrn~

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails