Bismillahirrahmanirrahim
Alkisah budak baru belajar..
3 bulan saya cuti, setiap 3 bulan jugakla ada sesuatu terjadi.heh. Sebab tu saya post kisah ni pada hari terakhir bercuti. Anda akan tahu kenapa nanti =p
Bulan 10
"Kak cik,tolong beli sayur dengan susu cair dekat pasar.. cepat sikit, Umi nak masak sarapan ni"
Saya pun pergi pasar. Yang ni ok je, takde pape terjadi. Bila balik,
"Kak cik, tepung tak cukup" Umi duk memutar-mutarkan bekas yang nak bancuh roti jala atas kuali.
"Tolong beli lagi 1. Kat kedai bawah je. Cepat sikit. Dah nak habis ni"
Saya pun berusaha la nak cepat. Reverse perlahan je. Sensor kereta tak berapa elok sebenarnya *bukan salah saya sepenuhnya,ok.hehe* Bam! erk.. Hadeh. Kereta kakak depan rumah. Haisy. Kenapa jadi sekarang?
Saya kena pergi beli tepung dulu. Kalau lambat kang terbongkar terus.
Lepas hantar tepung kat Umi pergi dekat Kak Lang.. "Lang...." buat suara lain macam.
"Ha,ni kenapa pulak?" Kak Lang gaya macam dah boleh agak. "Kereta eh?" bingo!
"Macam mana ni.. Kak Cik tengok tadi ada kemik sikit lepastu cat dia tertanggal...kereta viva hijau...." Baik bagitau dekat Kak Lang dulu daripada Umi Abah. Kak Lang pun pergila tengok..
"Hmmm..Kak Cik tinggalkan note je lah. Kak Lang rasa kalau nak ketuk tu adela dalam RM150"
Saya fikir-fikir, cukup lagi duit elaun nak buat bayar. Bolehla, sendiri buat sendiri tanggung ek. Nota pun ditulis dengan ayat formal habis beserta unsur minta simpati.hehe. Yang penting saya tulis "Saya ingin bertangungjawab" hoh.
Bila saya nak letak note tu, tengok balik bonet kereta tu dah tak kemik! Wahwah.. gembira~ Cepat-cepat saya letak dan masuk rumah bagitau dekat Kak Lang. I thought it was a miracle that Allah wants to help me. "Oh, kereta perodua memang macam gitu. Kalau langgar tak kuat boleh tolak je bagi betul balik" T____T
Lepastu Kak Lang cakap "Eh,kalau gitu tak sampai RM150 la.. cepat amik balik kertas tu!"
Huh. Tak mau lah.. Saya biar je.
Tak lama lepas tu ada orang contact, pemilik kereta viva tersebut. Kakak tu tak sempat nak hantar workshop sebab nak balik kampung. Tangguh ke minggu depan. Bila masuk minggu depan, kakak tu bagitahu yang tak sempat lagi dan akan maklum pada saya bila dah hantar. Akhirnya lepas beberapa minggu kakak tu mesej dan cakap "Tak apelah dik, akak halalkan je.." Waaa..terharunye! From that moment we started to contact sometimes. Bagus jugak, sebab selama ni tak pernah kenal jiran depan rumah. hehe.
Sebagai tanda terima kasih, saya pun bagila dekat kakak tu cup cakes yang saya ngan adik buat. Walaupun tak berapa nak menjadi tapi akak tu cakap sedap. hehe. Nak amek hati~ Akak viva (nama yang saya save dalam hp.hehe), terima kasih! Lepas dah settle semua ni barula Umi Abah tau. Umi cakap "Ada duit ke nak bayar? Biasala orang bawak kereta,adat namanya.." *senyum*peace~
Bulan 11
Yang ni saya dah pernah post. Ada di sini
Bulan 12
Task yang umi bagi hari tu boleh tahan banyak. Saya pergi ke 6 tempat berlainan. Alhamdulillah la dekat-dekat je dekat Taman U tu. Sampai dekat pejabat pos, parking dia jenis yang senget. Jalan pulak one way dan satu lorong sahaja jadi takut kereta nak lalu dekat belakang tak lepas. Perlahan-lahan saya ke depan kan lagi kereta. Ada dengar bunyi semacam tapi perlahan. Saya rasa tak sedap hati la jugak. Reverse sikit ke belakang.. kreeekkk!! Ah,sudah. Janganla lagi sekali terjadi sesuatu dekat kereta. Haih..haih..
Bila dah sampai rumah saya berdebar nak tengok. Hadeh. Bumper depan belah kiri dah tercabut sikit =.='
Tak tahu nak buat apa. Dekat rumah tinggal saya dengan adik-adik je. Takde kakak nak mengadu. Jadi terpaksala bagitau Umi dulu. "Umi..." again,suara pelik. Umi tengah masak. Tengok saya kejap kemudian sambung masak dan tanya "Ni kenapa pulak..barang Umi nak takde ke?" Saya sengih "Bukan..cuba Umi teka""Haa..kereta eh" bingo lagi! Agaknya memang senang nak agak kot kalau saya dah buat suara pelik gitu. Saya pun ceritala apa yang terjadi dan keadaan kereta. Umi rilek je dengar dan cakap "Bagitahula abah sendiri.."
Ala..ni yang lemah ni.
Duk leka masak sekali abah balik. Huh. Masalah takkan selesai kalau kita lari! Lemah sungguh la.. Abah dah duduk dekat meja makan dan saya pun dah nak siap masak. Umi Abah bual-bual sekali Umi cakap "Abah, Kak Cik ada masalah nak bagitahu abah ni..." Adeh.Umi ni.. "Masalah apa, nak kawen eh?" @.@ Ape ke situ pulak Abah ni.. Haisy. Memang takleh jadi,kena bagitahu jugak. Melalut dah jadinye.
Huh.Lega! Abah pun tenang je dengar cerita saya. Walaupun adela bunyi-bunyi dan gelengan kepala.hehe. Minta maafla ye Abah, anak yang ni banyak betul buat masalah. Asyik habis duit untuk saya je. Akhirnya, saya tak perasan pun bila kereta tu repair. Tengok-tengok dah ok. Tanya Abah, berapa kena? "Free je. Sebab hantar kereta lagi satu dekat situ jugak. Dia cakap skru tercabut. Haih Kak Cik, macam manala sampai tercabut"
=D
err..ni ha.hee |