"Sesuatu perkataan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah
maka ia akan terputus dari rahmat Allah"
"Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan"
kadang-kadang perkara sekecil ini kita selalu lupa..
Iman suasana, susah nak dielakkan. Ia seperti bermusim..
Bila masuk masjid, rasa dekat..
Bila keluar makin lama makin pudar.
Bila duduk dengan kawan-kawan, rasa semangat nak buat amal sunat.
Sebab nampak kawan lagi hebat beramal, kita pun termotivasi.
Tapi bila balik rumah, sorang-sorang je. Awal-awal ok, lama-lama hanyut..
Kadang-kadang kita dah cuba untuk merancang sebelum tiba saat rendah. Dah buat target amal, buat list ibadah.. Semangat ke langit!
Kita tau futur memang akan menjenguk..
"Iman yazid wa yanqus" (iman bertambah dan berkurang)
Sedangkan hadith sendiri ada sebut, saat tu memang wujud. Nak buat macam mana?
Kerana itulah, kita tak boleh lari..
Jumpa kawan-kawan, para guru, pergi kuliah di masjid, pergi program tarbawi.. banyak cara yang kita boleh buat. Memang, akan ada masa juga kita nak menyendiri. Bila cuti rasa nak relaks dan enjoy je. Tapi sampai bila kita nak himpun nikmat dunia sahaja? Nikmat akhirat lebih kekal, lebih bahagia.. jom kita kumpul bekal ke sana~
*it happends to me, and it hurts. tolong ingatkan saya andai saya lupa, saya tak nak sakit..