perkataannya hanya empat t.a.a.t, tho.alif.'ain.ta marbutoh
pelaksanaannya belum tentu
di mana kayu pengukurnya?
lihat sahaja diri yang sedia ada ini..
ketaatan mutlak pada Penguasa
terlaksana sudah atau belum?
seorang anak pastinya pada ibu bapanya
ya,selagi belum berpindah tanggungjawab (bagi perempuan)
selagi itu wajib untuk taat selama dalam syari'at..
andai ketaatan yg awal ini sudah tidak termampu,
bagaimana untuk ketaatan yang lain,
setelah bertukar tanggungjwab dan bertambah amanah?
islam terbina, kekuatan meledak
puncanya kerana para sahabat yang taat setia dengan Rasulullah..
manusia mendapat rezeki, dilimpah rahmat
kerana malaikat yang taat dengan amalnya
tunggu sahaja masa diri teruji,
tika itu ketaatan manakah yang diutamakan..
berat untuk menulis
kerana amalnya yang menuntut..