ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Friday, July 2, 2010

betapa aku harus bersyukur..

Suatu hari aku ingin pulang ke DQ bersama Sya.
Kami berjumpa di stesen KTM Batang Benar dan duduk melihat ragam manusia.
Sampai sahaja di stesen Rawang kami terus ke surau.

"Ada selipar, maknanya ada orang"-hatiku
Seorang wanita berambut dai di hujungnya bersama seorang anak kecil sedang berbaring. Kelihatan nyenyak tak terusik. Ada segalas beg menemani mereka bersama setin susu yang sederhana besar.

Masa tak banyak, aku terus bergegas untuk menunaikan kewajipan dengan sekhusyu' mungkin.
Usai bersolat, aku menunggu Sya dan wanita tersebut sudah pun duduk.
"Berbadan dua rupanya"-hatiku
Kami berbual-bual sekadar mengisi masa. Hinggalah wanita tersebut membuka bicaranya..

"Akak sebenarnya lari dari rumah, bawa anak akak ni sekali sebab dah tak tahan. Akak nak ke Kedah, rumah mak ayah akak. Suami akak tak halang pun waktu akak nak keluar tadi.."

"Err.. kenapa ye akak tinggalkan rumah akak?" ringan pula mulutku bertanya,bimbang juga andai wanita itu terasa.

"Mak mentua akak tak percayakan akak. Akak dah cakap, anak dia ada perempuan lain. Tapi dia cakap akak yang jahat, saja nak fitnah anak dia. Padahal akak dah tengok sendiri suami akak dengan perempuan tu. Akak dah banyak kali cakap dengan suami akak, jangan buat macam ni. Tapi dia buat tak tahu je. Mak dia asyik bela dia.Last-last akak dah tak tahan. Akak fikirkan tentang anak-anak akak. Yang dalam perut ni pun tak lama lagi nak keluar.. tak tahulah dik, akak buntu.."

Aku melihat takungan air matanya tumpah, mengalir lesu.. Simpati menyelinap dalam hatiku, betapa aku harus bersyukur.. Nasibku jauh lebih baik. Sya juga turut mendengar cerita wanita tersebut seusai dia bersolat.

"Akak tak sempat nak ambil banyak barang, duit dalam tangan pun ada rm50 je. Tadi dah beli susu budak ni, tinggal dalam rm20. Budak-budak,kan.. kalau nampak mainan semuanya nak. Duit tiket ke Kedah pun akak tak dapat beli lagi. Akak tak tahu nak buat macam mana dik.. Maaf ye,dik. Akak bukan nak minta simpati. Cukuplah adik dengar cerita akak.."

Tangannya terus menyeka air mata yang tumpah. Akaklku memikirkan sesuatu. Tetapi hatiku turut ragu. "Boleh percaya ke? entah-entah dia reka cerita. Zaman sekarang memang macam-macam.."-hatiku. Aku memberi isyarat kepada Sya.

"Akak, kami balik dulu ye.. takut terlepas KTM," ujarku dan bersalaman dengannya.Pandangan matanya sungguh menyedihkan. Cepat-cepat kami keluar ke pintu surau. Sya juga turut berbuat demikian.

"Ana rasa macam kurang ajar je kita. Lepas dengar cerita terus keluar..hehe" Sya berjenaka denganku. Tadi aku memberi isyarat kepadanya untuk keluar dahulu dan bincang di luar. "Yela, takkan nak bincang kat dalam kot..depan-depan akak tu. Lagi macam kelakar." Setelah berbincang kami memutuskan untuk melakukan sesuatu. Kemudiannya kami menjenguk semula ke surau, mencari wanita tersebut.

"Akak, maaf lah. Tak banyak yang kami dapat bantu. Moga akak dapat sampai dengan selamat," beberapa keping not dihulurkan kepada wanita tersebut. Aku mengukir senyuman untuk meyakinkannya.

"Adik, takpelah..akak bukan nak minta simpati.."

"Ambillah kak, moga Allah mudahkan urusan akak.." Sya menambah untuk menunjukkan kami benar-benar ingin membantu.

Matanya bergenang lagi, hatiku sangat tersentuh. Huluran not bersambut. Wanita tersebut mengucapkan terima kasih kepada kami. Sekali lagi kami bersalaman, dan terus ke KTM untuk meneruskan perjalanan.

"Mungkin kita tak tahu kebenarannya tapi kalau betul dia memerlukan, siapa tahu? Selebihnya kita serahkan pada Allah.." aku mem'positive'kan diri, berharap akan redha Allah.

"Kita pun mampu, kita bagi dalam kadar yang tak menyusahkan diri kita pula. Moga akak tu selamat sampai. Ana sedih betul tengok akak tu.." Sya menyambung bicara.

"Moga akak tu dapat hidayah, kot-kot lepas ni terbuka hati dia nak pakai tudung ke, mana kita tau.."

"Sya, kita takleh bagitau sape-sape ni. Karang kalau family tau tak pasal je.."
"Hah,memang. Same lah kita."

Setelah setahun berlalu, aku merasakan ibrahnya patut dikongsi. Biarlah, Allah lebih mengetahui keadaan sebenar. Sekurang-kurangya kita meringankan beban orang yang memerlukan. Sungguh,peristtiwa ini mengajarku... betapa aku harus bersyukur~

Nasihat Umar

"Aku takut dosa-dosa kamu lebih dari kekuatan musuh yang akan mengalahkan kamu..."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails