ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Monday, February 15, 2010

Solat Hanya 2 Tahun

Bismillah

Pernah terfikir tentang persoalan di ini?

Mari kita mengira

Setiap kali solat, purata adalah 5 minit x 5 kali = 25 minit (sehari)
Bagi mudah lihat kita tukarkan kepada bentuk satu tahun
25 minit x 356 hari
=9125 minit

9125/60
=152.083333 jam

152.08333 / 24
=6.34 hari

Ha, x sampai 7 hari pun jumlah kita solat untuk setahun. sekejap je kan?

Jadi,untuk mencapai solat selama 2 tahun, kita harus berada pada umur 112 tahun ++

2 tahun x 356 = 712 hari

712/ 6.34 = 112.30

Masalahnya, umur rakyat Malaysia puratanya sekitar 60-70 tahun. Kalau seseorang itu meninggal kerana sakit dan sebagainya. Ajal tidak mengira usia, ramai sekarang yang mati pada usia muda. Kemalangan, sakit dsb..

Dengan umur yang ada sekarang ni, dah berapa lama kita solat? (tolak dahulu solat-solat sunat)
contohnya saya, yang menghampiri angka 19.
Seingat saya, saya mula solat dengan penuh pada usia 10 tahun

9 x 6.34 = 57.06 hari

Uh, memang sedikit. Dan dalam yang sedikit, berapa banyak kali sangat yang khusyu'..
Berapa banyak yang separuh khusyu' separuh menerawang ke lain..
Berapa banyak yang dari awal hingga akhir hanya sekadar lafaz..
Berapa banyak yang di awal waktu..
Berapa banyak yang di qadha'
Berapa banyak yang hampir terlepas...

Rasa macam.. tak layak jadi hambaNYA.
Sedangkan amalan pertama yang akan dihisab adalah SOLAT FARDHU. Bila lompong baru tambah amalan sunat. Adoi.. takut pula.

Jadi, apa tunggu lagi? Mari beringat tentang solat.
"Innassolaata tanhaa 'anil fahsyaa'i wal munkar"
Bila settle solat, kita akan susah untuk jumpa masalah-masalah, lain. betul tak?
wallahu'alam

p/s: dah lama tak mengira jadi kalau ada yang salah tolongla betulkan. jom, gandakan kekhusyukan solat :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails