ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Friday, July 10, 2009

"Ya Ghulam, Samakallah..."

with ismullah..

minggu lepas saya berjaya mendapat perlepasan untuk balik rumah!
macam tak percaya.. dengan izin, saya bertolak ke rumah kak long di mantin setelah kuliah tamat iaitu jam 11.30 pagi.

kenapa saya nak sangat balik? baby syahmi ada dekat rumah johor! (macam gembira sangat, kan?)
saya berasa sedih bila kak ngah hantar sms menyatakan keadaan syahmi. sebelum pulang, saya hanya bertanyakan perkembangannya dan mencuba sedaya yang boleh sahaja. memandangkan di darul quran memang disediakan masa untuk permintaan solat hajat dan jenazah ghaib, saya tidak melepaskan peluang untuk memintanya bagi anak saudara ke2 saya ini.

malam isnin, 29/6 bergemalah masjid darul quran dengan permintaan dari saya;
Di sini ada satu permintaan solat hajat dari banat sijil, buat anak saudaranya abdullah syahmi yang menghidap jaundis. moga dapat keluar wad cepat.

terasa ingin ketawa pun ada kerana baby syahmi juga menghidap g6pd deficiency. barangkali agak sukar untuk disebut. biarlah, yang penting ramai orang mendoakan untuknya.

ya, itu sahaja usaha saya.

setibanya di rumah, terus saya menatap wajahnya. kasihan si kecil, masih belum mengerti apa itu kesakitan walaupun dirinya sedang dilanda kesakitan itu. malam itu, kak ngah mengajak saya menemaninya untuk tidur bersama di tingkat bawah. saya menerimanya dengan hati terbuka.

pagi itu, syahmi terjaga 3 kali. minta susu dan tukar lampin. wah, penat juga ya! saat inilah saya terkenang, bagaimana keadaan ummi dahulu. dengan serba kekurangan dari segi kelengkapan, anak pula masih ramai yang kecil-kecil..terasa sebak dan ingin menangis. ummi telah berjaya menjaga anak-anaknya dengan baik. 9 semuanya..ya, 9! kurang satu untuk menjadi dua digit.
subhanallah, benarlah seperti kata-kata orang; seorang ibu mampu menjaga 10 anak tapi 10 anak belum pasti untuk menjaga seorang ibu.

na'uzubillah..saya pinta, perkara itu tidak akan terjadi. seperkara yang menggembirakan saya lagi, hampir semua adik-beradik berhimpun di rumah! saat yang sangat saya gemari. ketika itu, saya benar2 menjadi seorang adik dan seorang kakak.

hari ahad pagi, 5/7
syahmi akan di tahnikkan oleh ustaz rifqi. buat pertama kali saya menyaksikan secara live! walaupun saya pernah melalui detik itu.. :) mana mungkin ada dalam ingatan,bukan?
beberapa potongan ayat suci dibacakan, air zam-zam disudukan dan kurma dimasukkan dengan lembut ke dalam mulut si bayi. saya sangat tertarik apabila tiba saat ustaz merenung bayi tersebut dan berkata;
"Ya Ghulam, ismukallah abdullah syahmi bin farhanin"
ayat tersebut diulang 3 kali. saya terfikir, memang benar. setiap kita diberi nama oleh Allah. setiap sesuatu telah tercatat di Luh Mahfuz, termasuk nama kita. subhanallah! terdetik rasa sayu lagi di hati ini.. nama kita di sabitkan kepada nama ibu. saya mencari, apa hikmahnya?
saya berharap jika anda tahu, maklumkan pada saya, ya.

sekian buat kali ini,
dari CC KKB,
Hulu Selangor
p/s:tiada gambar dapat dihantar..maaf ye!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails