ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Tuesday, June 26, 2012

Testing...oh,ok lagi :)

Bismillahirrahmanirrahim..

Serious lama tak tulis. Rasa kekok.heh

Momentum untuk menulis pun makin menurun. Sampai rasa nak tutup je. Tapi sebelum buat keputusan,tanya pendapat orang lain dulu. Kebetulan on fb, terserempak dengan ukhti ni..

"Rasa macam nak tutupla nt, dah takde semangat nak tulis"

"Jangan!"

"Give me reasons"


Jazakillahh to Nawal, ehe. Nt, sorila ana post dekat sini. Rasa revive lepas kena basuh dengan nt. Teringat balik waktu awal-awal bukak blog ni.

Satu hari tu, dengar tazkirah tentang 3 amalan anak Adam yang tak akan terputus.
1. Anak yang Soleh
2. Sedekah jariah
3. Ilmu yang bermanfaat

No 1 tu sure jauh lagi.. Sedekah pulak adela sikit-sikit kut. Tapi tak istiqamah. Jadi tinggal no 3 je. Insya Allah, kena bagi rajin sikit je untuk dapat topup free waktu tengah sesak dekat padang mahsyar nanti.

Mari ikhlaskan niat, moga setiap penulisan kita Allah terima :)

Friday, January 6, 2012

the value : I learned

Bismillahirrahmanirrahim
Alkisah budak baru belajar.. 

3 bulan saya cuti, setiap 3 bulan jugakla ada sesuatu terjadi.heh. Sebab tu saya post kisah ni pada hari terakhir bercuti. Anda akan tahu kenapa nanti =p

Bulan 10

"Kak cik,tolong beli sayur dengan susu cair dekat pasar.. cepat sikit, Umi nak masak sarapan ni"
Saya pun pergi pasar. Yang ni ok je, takde pape terjadi. Bila balik,
"Kak cik, tepung tak cukup" Umi duk memutar-mutarkan bekas yang nak bancuh roti jala atas kuali.
"Tolong beli lagi 1. Kat kedai bawah je. Cepat sikit. Dah nak habis ni"
Saya pun berusaha la nak cepat. Reverse perlahan je. Sensor kereta tak berapa elok sebenarnya *bukan salah saya sepenuhnya,ok.hehe* Bam! erk.. Hadeh. Kereta kakak depan rumah. Haisy. Kenapa jadi sekarang?
Saya kena pergi beli tepung dulu. Kalau lambat kang terbongkar terus.

Lepas hantar tepung kat Umi pergi dekat Kak Lang.. "Lang...." buat suara lain macam. 
"Ha,ni kenapa pulak?" Kak Lang gaya macam dah boleh agak. "Kereta eh?" bingo!
"Macam mana ni.. Kak Cik tengok tadi ada kemik sikit lepastu cat dia tertanggal...kereta viva hijau...." Baik bagitau dekat Kak Lang dulu daripada Umi Abah. Kak Lang pun pergila tengok..
"Hmmm..Kak Cik tinggalkan note je lah. Kak Lang rasa kalau nak ketuk tu adela dalam RM150"
Saya fikir-fikir, cukup lagi duit elaun nak buat bayar. Bolehla, sendiri buat sendiri tanggung ek. Nota pun ditulis dengan ayat formal habis beserta unsur minta simpati.hehe. Yang penting saya tulis "Saya ingin bertangungjawab" hoh. 

Bila saya nak letak note tu, tengok balik bonet kereta tu dah tak kemik! Wahwah.. gembira~ Cepat-cepat saya letak dan masuk rumah bagitau dekat Kak Lang. I thought it was a miracle that Allah wants to help me. "Oh, kereta perodua memang macam gitu. Kalau langgar tak kuat boleh tolak je bagi betul balik" T____T
Lepastu Kak Lang cakap "Eh,kalau gitu tak sampai RM150 la.. cepat amik balik kertas tu!"
Huh. Tak mau lah.. Saya biar je.

Tak lama lepas tu ada orang contact, pemilik kereta viva tersebut. Kakak tu tak sempat nak hantar workshop sebab nak balik kampung. Tangguh ke minggu depan. Bila masuk minggu depan, kakak tu bagitahu yang tak sempat lagi dan akan maklum pada saya bila dah hantar. Akhirnya lepas beberapa minggu kakak tu mesej dan cakap "Tak apelah dik, akak halalkan je.." Waaa..terharunye! From that moment we started to contact sometimes. Bagus jugak, sebab selama ni tak pernah kenal jiran depan rumah. hehe. 

Sebagai tanda terima kasih, saya pun bagila dekat kakak tu cup cakes yang saya ngan adik buat. Walaupun tak berapa nak menjadi tapi akak tu cakap sedap. hehe. Nak amek hati~ Akak viva (nama yang saya save dalam hp.hehe), terima kasih! Lepas dah settle semua ni barula Umi Abah tau. Umi cakap "Ada duit ke nak bayar? Biasala orang bawak kereta,adat namanya.." *senyum*peace~

Bulan 11

Yang ni saya dah pernah post. Ada di sini


Bulan 12


Task yang umi bagi hari tu boleh tahan banyak. Saya pergi ke 6 tempat berlainan. Alhamdulillah la dekat-dekat je dekat Taman U tu. Sampai dekat pejabat pos, parking dia jenis yang senget. Jalan pulak one way dan satu lorong sahaja jadi takut kereta nak lalu dekat belakang tak lepas. Perlahan-lahan saya ke depan kan lagi kereta. Ada dengar bunyi semacam tapi perlahan. Saya rasa tak sedap hati la jugak. Reverse sikit ke belakang.. kreeekkk!! Ah,sudah. Janganla lagi sekali terjadi sesuatu dekat kereta. Haih..haih..

Bila dah sampai rumah saya berdebar nak tengok. Hadeh. Bumper depan belah kiri dah tercabut sikit =.='          
Tak tahu nak buat apa. Dekat rumah tinggal saya dengan adik-adik je. Takde kakak nak mengadu. Jadi terpaksala bagitau Umi dulu. "Umi..." again,suara pelik. Umi tengah masak. Tengok saya kejap kemudian sambung masak dan tanya "Ni kenapa pulak..barang Umi nak takde ke?" Saya sengih "Bukan..cuba Umi teka"
"Haa..kereta eh" bingo lagi! Agaknya memang senang nak agak kot kalau saya dah buat suara pelik gitu. Saya pun ceritala apa yang terjadi dan keadaan kereta. Umi rilek je dengar dan cakap "Bagitahula abah sendiri.."
Ala..ni yang lemah ni.

Duk leka masak sekali abah balik. Huh. Masalah takkan selesai kalau kita lari! Lemah sungguh la.. Abah dah duduk dekat meja makan dan saya pun dah nak siap masak. Umi Abah bual-bual sekali Umi cakap "Abah, Kak Cik ada masalah nak bagitahu abah ni..." Adeh.Umi ni.. "Masalah apa, nak kawen eh?" @.@ Ape ke situ pulak Abah ni.. Haisy. Memang takleh jadi,kena bagitahu jugak. Melalut dah jadinye.

Huh.Lega! Abah pun tenang je dengar cerita saya. Walaupun adela bunyi-bunyi dan gelengan kepala.hehe. Minta maafla ye Abah, anak yang ni banyak betul buat masalah. Asyik habis duit untuk saya je. Akhirnya, saya tak perasan pun bila kereta tu repair. Tengok-tengok dah ok. Tanya Abah, berapa kena? "Free je. Sebab hantar kereta lagi satu dekat situ jugak. Dia cakap skru tercabut. Haih Kak Cik, macam manala sampai tercabut"
=D
err..ni ha.hee


Terima Kasih Ya Allah, terima kasih Umi Abah... Lega tak kena marah. I gained many things but the biggest value is ; I learned (^.^)v

Wednesday, January 4, 2012

haih budak ni.. =.='

Kadang-kadang boleh buat kita gembira, kadang-kadang geram.. Ada jugak rasa nak mengamuk tapi timbul jugak rasa kesian.. budak~ Cuti dah nak habis, mesti dia jugak yang saya rindu nanti.

Adik main-main dengan Iki, lepastu dengar bunyi kena tutup kuat. Nanti siapa yang kat luar bilik akan jadi suara pelik cakap "Iki, bukak pintu.. ni Umi" Tak pun akan cakap "Adik, bukak pintu..ni Kak Cik.." Ceh. Menggunakan nama orang =.='
............................................................

Adik nak baca komik Iki, tapi macam biasela kan.. Tak nak bagi, padahal bukan tengah baca pun. "Kalau adik nak, harga dia 400 ringgit.." Ayat kurang asam Iki. Lepastu dengarla budak berlari-lari turun tangga cari abah cakap "Abah, adik nak 400 ringgit boleh? Nak beli buku Iki..." =.='

............................................................

Dah dekat nak sekolah, mestila budak ni semangat habis. Saya dan Kak Su dekat bilik dan agak gelap sebab tutp lampu. Kak su tengah menghadap laptop. Adik datang heret beg dia lepastu cakap dekat Kak Su "Tolongla adik.. ni buku adik. Ada 19. Nak kena balut.." Ok,dia siap kira ada berapa. Kak Su pun cakapla ok dan dia pun berlari nak keluar. Tapi sempat lagi pesan sebelum lepas pintu "Kak Su, tak elok tengok laptop gelap-gelap nanti mata cepat rosak"  err.. =.='

............................................................


Hari pertama sekolah (hari rabu,fasa transisi) lagi tak tahan semangat dia. Sangat berkobar-kobar. Pukuk 6.30 pagi rumah tengah huru-hara sebab dia takut tertinggal bas yang akan datang pukul 7.00 pagi =.=' Dan saya kena pi escort dia la kan. Kami sampai sekolah sebelum bas dia sampai. Memang gaya tunggu ketibaan tetamu kehormat.heh. Dia turun bas, jalan menonong buat macam tak kenal.ergh. Budak ni la..

Balik pulak Ummi Abah suruh pi amik dia sebab habis awal dari pelajar lain. Bila Kak Su pi dekat kelas dia, dia keluar ngan kawan-kawan dan lagi sekali jalan menonong buat tak kenal =.=' Bila nak masuk kereta dia marah-marah "Adik nak balik naik bas la.. Itu pun tak bagi. Kedekut!"

Sampai rumah tak habis lagi tu mengamuk. Habis semua baju dia bukak campak kat tengah ruang tamu. Haih budak ni.. Akhirnya petang tu saya kena bawak dia pergi kedai dua ringgit sebab nak beli teropong *ni kes alasan sebab tak bagi dia naik bas le tu*

Sebelum pergi saya cakap "Kak Cik tak de duit ni.. tak pergi bank. Adik nak beli macam mana?" Ada la singgit dua sebenarnya. "Tak pe, adik punye duit baki tadi ada.. 4 rinngit lagi" Dia belanja singgit je beli air kotak. *Dalam sejarah adik beradik ni pi sekolah bawak 5 ringgit!* Saya cakapla "Mana boleh guna semua, kena masuk tabung.. nanti dah banyak kita masuk dalam bank" Dia senyap kejap lepastu cakap "Ok, adik nak bagi dekat Palestin lah.." Hoho. Sejuk sikit saya dengar. Dekat rumah memang ada letak tabung untuk Palestin atas meja area ruang tamu. Senang nak masuk.

Ok,adik..jangan nakal-nakal *ni macam payah la dia nak ikut*
Kena belajar pandai-pandai bagi dapat nombor satu tau~ ^^

Muka nakal.hesy

Ok, ni nampak baik la pulak

With his ex-kindergarten mate

Friday, December 23, 2011

Sakit? Biar dekat dunia~

Ya Allah,terima kasih! 
Dalam kelalaian hari-hari yang berlalu sekurang-kurangnya rasa terisi bila dapat hadir ke Kem Tahfiz di SMIH. Tak tipula, awal-awal dapat sms rasa malas nak pergi. Dah selesa dengan bersenang-lenang kot.. Haisy. Lagi pulak kem dah mula lama tapi perginya 3 hari terakhir (20-22 Disember 2011). Terima kasih Sya, datang dari Seremban lepas pujuk-pujuk ajak pi sekali. Terharu neh~ >.<

Subhanallah, semangat mereka buat saya rasa kerdil.
Mabruk 'ala kulli hal buat semua adik-adik.. Kalau saya ada di tempat mereka, rasanya tak mampu nak tanding. Dalam masa 12 hari, ada yang berjaya habiskan 102 muka surat (5 juz), 60 muka surat (3 juz), 50 lebih dan ramainya lebih dari satu juzu'. Adik yang 5 juz tu, dia berjaya khatam hafazan, Alhamdulillah~ 
Eh, tak sampai 12 hari la dia hafal.. *faint*
Jadi,terbuktilah bahawa otak manusia mampu menjangkau jauh dari had yang kita sangkakan. 
DIA hebat kan?

Waktu dah nak balik, jumpa dengan Ustazah Shahidah (guru yang sungguh berjasa!) dan kami berbual-bual.
Soalan paling best,
"Macam mana anti (awak untuk perempuan) mengulang sekarang?
Errr....
"Agak-agak yang betul-betul ingat ada berapa juz? 10 ada?"
Woh. Sungguh terasa. Macam kena panah. Eh, kapak kot. @.@

Memang betul nak hafal dan mengulang ni sakit. Walaupun satu ayat. Betul tak? Tak semestinya yang hafal 30 juz je kena jaga. Sesiapa yang ada hafal, WAJIB jaga.. *faint again* T____T
Jadi, biarla dekat dunia ni sakit, insya Allah dekat akhirat senang.. Allahumma ameen~
Sabda rasulullah s.a.w
"Dari Abdullah bin Amr bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Di akhirat nanti para ahli Al Quran diperintahkan, "Bacalah dan naiklah ke syurga. Dan bacalah Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau baca."
-sumber-

Terima kasih semua! Kredit : sumayyah ansarullah 

Ada satu ketika. Adik tingkatan 1 bagi tazkirah maghrib tentang kematian. Kagum,tingkatan 1 dah boleh bercakap sebegitu. Rasa macam waktu saya tingkatan 1 sangatla tak matang ^,^
Antara yang paling saya ingat,
"Ana (saya) rasa bersyukur sebab pernah merasai betapa dekatnya mati seolah-olah saat yang akan datang akan mati"
Tertanya-tanya jugak, apa yang dia alami? Tapi macam kelakar je nak angkat tangan dan tanya.
"Sebab ana dapat rasa sakit itu satu anugerah. Tanda Allah mahu kita sentiasa ingat Dia"
.......
Speechless
Terpukul, sebab rasa macam tak pernah terfikir.
Manusia, fitrahnya bila sakit akan lebih ingat Allah kan. Jadi yang kita duk doa minta Allah sentiasa bagi kita ingat Dia datang dengan pelbagai cara. Antaranya,sakit. 

Ya Allah, kurniakan kami istiqamah..

Sunday, December 18, 2011

Mabruk~

Tengah duk transfer gambar-gambar, baru terfikir nak share dekat sini. Alhamdulillah,cuti kali ni paling meriah~ Ramai betul orang nikah.. Yang paling best dapat berjalan-jalan =)  
"bermusafirlah dan lihatlah kebesaran Allah"
Saya doakan moga mereka kekal hingga ke syurga..Ameen


Abe Ming (sepupu) dan Kak Ayu, Kelantan

Banjir dekat kampung

Pengantin pun kena redah air

si tembam yang takut dekat upin

Ok,dia sangat takut T.T

Farah Aida & En. Radzi, sahabat DQ, Kelantan

Brother's love?

Jumpe kawan-kawan dekat kenduri Kak Lang & Abang Lang di  Pahang!
Sangat terharu mereka datang =) Walaupun dah nak exam final block. Jazakillah~
Err..maafla, ni kes budak baru belajar amek gambar. sedeh =.='
Menghantar menantu, Kuantan,Pahang.

Thinking about sharing my trip with friends to three state. Should I? Hmm.. 
Sungguhla, bila berjalan ni lagi banyak benda yang kita lihat dan lagi banyak yang kita tak tahu.
Ilmu bagai air di hujung jarum sedangkan ilmu Allah selautan air.. 
" Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " 
(Ar-Rahman:23)

Saturday, December 10, 2011

jangan lupa...

Hari ni pertama kali ke area bandar JB sorang-sorang. Disebabkan hal ni kene settlekan sorang jadi takkan asyik nak bergantung dekat parents kan. Agakla berdebar, mungkin sebab lesen baru dapat beberapa bulan yang lepas.heh

Stereng dipusingkan ke kanan setelah melepasi traffic light. Parking dekat tepi jalan je. Memang kebiasaannya area situ. Signal kiri dibuka dan perlahan-lahan ambil space untuk park. Sekali... ah,sudah.. Brek kuat-kuat tapi dah terlambat. Masuk gear reverse, tak berjaya jugak. Ergh. Tayar depan belah kiri dah menjunam sikit ke longkang =.=' Alhamdulillah break lewat sikit je. Kalau lewat banyak, boleh jadi menjunam masuk dan... (ok,stop! tak nak bayang)

Fikir jap nak buat apa. Akhirnya telefon umi dan pastinya umi punya suara macam risau. Umi suruh settlekan dulu urusan, nanti umi mintak abah pi sana. Tiba-tiba datang seorang pemuda tengok-tengok kereta dan dia masuk ke dalam longkang sambil bagi direction. Dekat seberang jalan ada seorang wanita duk jinjit plastik sayur. Suami isteri kot. Rasa selamat sikitla, kalau orang datang nak samun ke boleh jadi jugak kan. Berpeluh pak cik tu tolong.. rasa serba salah pulak. Sebuah motor parking dekat depan kereta dan pak cik yang agak berusia turun.. Wah, sangat terharu~ Tak lama, berhenti sebuah van dan seorang pak cik india tolong bagi arahan sambil yang dua lagi duk tolak.

Beberapa minit lepastu kereta berjaya dikeluarkan. Alhamdulillah~ Pak cik- pak cik sekalian, terima kasih banyak-banyak! Tiba-tiba terasa semangat satu Malaysia.heh. Yang paling penting, Ya Allah, terima kasih tak terhingga!! Di kala ini, satu ayat terlintas dalam benak.. Sungguhla, Allah tak pernah mungkiri janji

At-Thalaq:3

Setiap kali keluar, jangan lupa untuk baca doa.. Mohon perlindungan daripada Allah, tanda kita bertaqwa kepada-Nya. Ayat ni bukan sekadar digantung dalam rumah atau restoran dan sebagainya. Ia patut difahami dan hayati dengan jiwa yang hidup. Penuh makna dan sangat mendalam.. 

Moga Allah mengurniakan aku dan kamu taqwa yang benar~ ameen.

p/s: Kecut perut nak bagitau abah sebenarnya. Tapi bila balik kena jugak bagitau, takut ada rosak. Abah rilek je dengar cerita.. hehe *lega!*

lokasi: berdekatan larkin
tarikh: 8/12/2011

Friday, November 11, 2011

Tak Sama Dah...

This post specially for Kak Lang.. hee. Kenapa?

Sebab...

I'll miss so many things afterwards. Oh, before that. Mabruk buat Kak Lang dan Abe Lang~


Lepas ni mesti dah susah nak pi berjalan ngan Kak Lang, kena mintak izin dulu. Silap-silap Abe Lang ikut jadi bodyguard. Hoho. 

Dah tak boleh sesuka hati pi turun UIA Gombak, singgah JJ Wangsa Maju dan pau Kak Lang beli Big Appe dengan Tako Tao..*ni paling sedeh, favourite!!

Dah susah nak ajak pergi swimming sama-sama kat UIA walaupun haritu masuk pakai seludup je (jangan tiru aksi ini) dan hanya boleh main dekat-dekat sebab kolam penuh sangat. *tempat paling cetek paras dada, mana la tak berlonggok orang kat situ..

Dah susah nak cari orang untuk teman pi ke mana-mana sesuka hati walaupun tak merancang dengan teliti dan rapi *skem.heh

Dah susah nak jadi perunding imej kitorang (adik-adik) walaupun semua dah besar.. Oh,segan di situ.

Segala perancangan jahat dan nakal rasa dah kena simpan elok-elok. Kak Lang kena jadi isteri yang baik kan.. No more j_a_s.hehe. (Ok, Abe Lang sila didik Kak Lang dengan sabar..)

Thank you so much for many things indeed for every things. To be there when I need some advice, to train me many things and teach me about life. Eventhough after this, it won't be the same as the old time but we're sister right? :) I'll always pray for your happiness. May Allah bless~


Kak Long and Kak Ngah, sila jangan sedeh.. Kak Cik tak cukup matang by the time korang kawen.. But I'll post something for both of you in the future insya Allah..huhu. Post kali ni sebab Kak Lang baru kawen. 

Saya tak nak membea-bezakan adik-beradik saya. Semua orang ada cara dan speciality masing-masing. Kalau orang tanya, kakak mana yang paling best? I guest that question just have no answer. Yang penting, mereka semua pelengkap hidup saya~ Dan saya rasa sangat bertuah, menjadi orang paling lengkap dalam keluarga, ada kakak (4 orang), seorang abang, adik perempuan dan adik lelaki (2 orang).. Adik-beradik yang lain semuanya tak lengkap, mereka akan kekurangan sekurang-kurangnya satu. Contohnya, adik perempuan saya tak ada adik perempuan dan abang saya tak ada abang *err..boleh faham ke?

Ya Allah, terima kasih.. jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur
Kesan tarbiah yang berjaya boleh dilihat dari keluarga yang bahagia.. Tak percaya? 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails