ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Saturday, August 13, 2011

Have faith~

Didikan syaitan selama 11 bulan sangat terserlah bila datangnya Ramadhan..
Andai diri masih sukar khusyu' dalam solat, nak makan banyak-banyak, nak tidur lama-lama,
malas nak buat kerja, lambat bangun dan sebagainya, bermakna pengaruh syaitan berjaya menguasai kita.

Jadi pada bulan ini kita hanya berperang dengan diri sendiri sahaja.. Mari kita lihat siapa yang akan dikalahkan..
Ramadhan Kareem~

Video at islamictube.com
Don't Make Ramadan An Eating Contest!


Wednesday, July 6, 2011

Naiklah ke tingkat teratas!

"Dari Abi Hurairah Radiyallahu 'anhu. bahwa Rasulullah Shallallahu 'alayhi wasallam bersabda: :"Penghafal Al Qur'an akan datang pada hari kiamat, kemudian Al Qur'an akan berkata: Wahai Tuhanku, bebaskanlah dia, kemudian orang itu dipakaikan mahkota karamah (kehormatan), Al Qur'an kembali meminta: Wahai Tuhanku tambahkanlah, maka orang itu diapakaikan jubah karamah. Kemudian Al Qur'an memohon lagi: Wahai Tuhanku ridhailah dia, maka Allah meridhainya. Dan diperintahkan kepada orang itu: bacalah dan teruslah naiki (derajat-derajat surga), dan Allah menambahkan dari setiap ayat yang dibacanya tambahan nikmat dan kebaikan" (Hadits diriwayatkan oleh Tirmizi dan ia menilainya hadits hasan (2916), Ibnu Khuzaimah, al hakim, ia meninalinya hadits sahih, serta disetujui oleh Adz Dzahabi(1/533).)

Alangkah indahnya.. Namun terasa jauh lantaran ingatan yang masih dhaif..
Biarlah sedikit asalkan ingat dan di amalkan..
Maka moga dengan kehadiran Ramadhan yang bakal tiba, mari berusaha menjadi keluarga Allah

Sabda Rasulullah Shallallahu 'alayhi wasallam:
"Dari Anas Radhiyallahu 'anhu Ia berkata bahawa Rasulullah Shallallahu 'alayhi wasallam bersabda, "Sesungguhnya Allah itu mempunyai keluarga yang terdiri dari manusia." Kemudian Anas berkata lagi, lalu Rasulullah Shallallahu 'alayhi wasallam bertanya: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah. Baginda menjawab: "Ia itu ahli Qur'an (orang yang membaca atau menghafal Al- Qur'an dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang istimewa bagi Allah.


sumber di sini

Monday, June 13, 2011

new life

bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah,seminggu sudah berlalu.. Kembali ke medan juang memang kena usaha banyak sikit,kan? Cik M sangat besar.. (malas ^.^) sungguh tak bersemangat nak ke kelas..adeh. Payah jugak cuti lama-lama ni. Minggu pertama ni jugakla macam-macam perkara terjadi. Kena tukar bilik, tapi lepas consult dengan mahallah office berjaya untuk kekal (2-3 kali pi jumpa..), tiba-tiba program biomedic kena extend 2 tahun
(berkali-kali ulang alik ke bilik advisor), tak bawak kasut balik uia (cemane la boleh lupe) jadi dengan muka tebal pakai sandle je..

Kelas RIM (religion in malaysia) dimulakan dengan tenang.. sebab kelas sekitar tu kosong. Kami je kot yang ada waktu tu. Madam bertutur dengan lembut dan penuh keibuan. Rasa macam menusuk bila madam cakap "Welcome back to study life and i know your journey is still long my dear. You might get hurts and sometime you will cry.. It's a tough path and there is no other way to succeed. But at the end, on the graduation day when you look back to the past, I'm sure that you will smile.. That's life my dear.."
Macam jadi motivasi.. on the right time! Mungkin sebab umi abah pergi umrah kot, rasa kehilangan sikit

Bila dengar kena extend, macam kecewa jugak sebab dah mind set ni last sem. Tapi bila pergi briefing,rupanya tak confirm lagi siapa yang dapat. Kena isi nama dan advisor akan ranking kan ikut cgpa. Saya rasa macam tak ada harapan, sebab orang lain ramai yang hebat-hebat. Jadi sms umi abah, tanya pendapat macam mana.. Umi pun cakap "Apa-apapun keputusan kak cik buat, umi ok je sebab kak cik yang nak belajar. Nanti lepas ni umi tawaf lagi sekali dan doa untuk kak cik". Keputusan akan keluar esoknya jadi saya sempat nak buat istikharah, mohon Allah bagi yang terbaik..

"Aisyah, tahniah! nama awak ada.. " saya rasa tenang walaupun tak dapat dan gembira untuk classmate yang dapat. Inilah yang terbaik mengikut aturan-Nya. Siapa tak dapat biomedic ada pilihan biotech, pure chemistry dan pure physic. Saya yakin, semuanya mengikut perancangan Allah kerana Dia tahu apa yang terbaik. Saya sms umi abah cakap tak dapat biomedic tapi saya mohon didoakan agar dapat cemerlang.. Saya harap dapat jpa bila dgree nanti, tak nak susahkan umi abah dah.. Hari tu juga, saya mendengar nasihat yang sama dari dua orang uang berbeza.. "Allah bagi apa yang kita perlukan,bukan apa yang kita nak.." sungguhla, saya rasa Allah nak tarbiah dari cara yang pelbagai..

Tengah khusyu' buat group discussion, tiba-tiba handphone saya vibrate. Nama madam advisor tertera dan kawan-kawan yang lain suruh angkat cepat-cepat. Dorang pulak yang seronok.. "Ni sister faizah ke?" "Ye saya madam.." "Ada student yang tarik diri dari program biomedic jadi nama you ada dalam list. So are you interested in doing biomedic?" Saya terkedu sekejap. Ya Allah! "Insya Allah,madam.. " Saya nak buat sujud syukur tapi sebab duduk kat maktabah waktu tu, tak dapat nak buat terus. Menangis dalam hati jela.. Bila bagitahu umi abah, umi cakap umi dapat doakan betul-betul depan pintu kaabah. Maqbul doa~ Speechless. Umi,abah.. Terima kasih banyak-banyak! Ya Allah... Makin yakin dengan janji Allah. Bila sesuatu tu memang ditqdirkan untuk kita, macam-macam mana pun akan dapat juga. Allah, diri terasa kerdil dan lemah.

Saya bertekad untuk tempoh yang berbaki, cuba untuk buat sehabis baik yang boleh, Insya Allah. Doakan perjuangan saya di sini.. Mencari diri yang baru, memulakan hidup yang baru. Ready,go!

Allahumma yassir~

Sunday, May 22, 2011

tak sangka

Bismillahirrahmanirrahim~

8 tahun yang lepas, saya lah orang yang duduk di lantai dan meraikan guru-guru sempena Hari Murobbi. Tak sangka, pada hari ini saya pula yang duduk di atas bangku dan diraikan untuk hari yang bermakna ni.. 

Satu per-satu anak murid datang mengucapkan "Selamat Hari Guru" dan bungkusan hadiah bertukar tangan. Rasa sangat tak layak untuk menerima apa-apa sebab 16 mei baru hari ke-10 saya mengajar. Saya hanya mampu mengucapkan terima kasih...  Takkan nak tolak,kan? Terharu. Seriously~ 

Ada seorang murid, dia dah bagi hadiah pada saya. Sekali dia patah balik sebab nama saya ada dekat hadiah lain. Macam kelakar pulak. :) Yang kesiannya, adik-adik tahun 1,2 kan rendah. Tapi hadiah yang bawak banyak lepastu ada jugak yang besar-jag. Bersungguh-sungguh diorang bawa.huhu

Saya tak daftar nama untuk mana-mana acara, bagi ruang pada guru yang selayaknya. Tup-tup, pagi tu Ustazah Aisyah bagi sehelai kertas. Erk, kena masuk acara la pulak. Jigsaw puzzle dengan aulad tahun 1. 
Bila nak pilih 6 orang pemain, semua berebut-rebut.. Tak tahu nak buat macam mana.. Kesian dekat yang tak dapat. Bila cakap boleh jadi penonton, ada yang tanya "penonton tu kena buat apa?". Kenala terangkan yang penonton kena bagi sokongan kat kawan,biar menang.. Barula gembira ^.^ Alhamdulillah, dapat no 2! 

Sangat nostalgic. Kalau kawan-kawan satu batch saya ada sekali agaknya boleh menangis.. Masa berlalu dan zaman berubah. Tempoh untuk kita dah berlalu, sekarang adalah ruang untuk generasi seterusnya. Bila dah nak habis ni, semakin hari semakin rasa sayang. Melihat wajah mereka, tiada dosa dan jujur.
Saya akan berusaha.. Menanam benih yang baik dalam diri mereka. Moga mereka bijak memilih baja..



2 beg angkut bawa balik

Lepas dah bukak
Adik semangat tolong bukakan sekali. Lepastu dia pilih satu hadiah

Pilihan adik: jam merah



Brooch yg diberi pelajar tahun 6. Macam tak percaya
Rupanya adik beradik~ abang dia tahun 5, kakak tahun 4 dan adik tahun 1. kawaii~ ^.^
Mabruk! kita dapat no 2 :)

hadiah yang dapat esoknya
lusanya

Ksah hadiah kat atas ni:
Bila masuk kelas, semua orang kena buka buku. Saya pelik tengok murid ni tak duduk lagi. Atas meja dia ada beberapa hadiah dan saya nampak kotak hijau ni tanpa reben. "Mana buku? cepat keluarkan.." Dia macam tengah susah hati. Dekat tangan ada reben dan dia jawab "Nak cari gam..nak gam.."
"Nanti kan boleh, sekarang masa untuk belajar.. simpan dulu. Cari gam kemudian"
Lepastu saya round kelas nak cek buku ada atas meja atau tak. Bila sampai dekat murid tadi, dia masih belum keluarkan buku. Baru nak tanya dia hulur kotak hijau tu pada saya dengan reben yang dah terlekat. "Nah,ni untuk ustazah."
"Anta nak bagi ustazah? betul ke" Macam tak percaya..hee. Rupanya dia duk sibuk cari gam sebab dia nak bagi hadiah tu dekat saya. So sweet kan?

Wednesday, May 11, 2011

back to school

Bismillah..

Saya dikejar dengan masa. Fuh! dan saya belajar banyak perkara~ Ya, kembali ke sekolah secara mengejut.

Hari Isnin (hari buruh) menerima panggilan dari Ustazah Zunaidah ketika dalam perjalanan pulang ke JB. "Faizah, boleh tolong jadi guru ganti? Ustazah harap sangat.. Pandang kanan,muka anti..pandang kiri muka anti.. Ustazah rasa memang antilah boleh tolong.."

Terdiam seketika dan berfikir-fikir. Kena bincang dulu nih. Tapi jawapan kena bagi ASAP. "Kalau boleh,esok mula bekerja. Paling lewat Rabu" Sangat mengejut,kan. Saya pun terkejut bila saya setuju dan reply lepastu jugak. Lagipun, ni kali ke-3 di offer jadi guru ganti. Nak tolak pun segan~ Consider umi dan adik sebenarnya. Umi pun kata "Tak boleh nak elak dah, memang nak kena jadi jugak.." erk. Abah pun kata "Ha, kan kata bosan duduk rumah.. pi la keje. Takdela bosan nanti" dush. Pulang paku buah keras abah ni.hee

Berdebar yang amat! Tak ada pengalaman, dah lama tinggal sekolah rendah, macam-macamla saya fikir sepanjang perjalanan ke sekolah. Hari pertama je dah mula mengajar dan memang sungguhla, saya kena banyak belajar. Mana taknye, ajar darjah 1~ Kelakar adik-adik ni.. Tapi nakal pun ye jugak..budak,kan.

Hari first saya mengajar 2 masa sahaja. Mula dengan bincang kertas sebab baru habis periksa minggu sebelumnya. Baru 20 minit suasana dah tak terkawal. Seolah-seolah saya cakap sorang-sorang. Suara dah macam bagi arahan kawad dah.. Lama-lama boleh hilang! Saya tengok sekeliling dan serius, blank. Tak tahu nak buat apa. Lepastu saya minta kumpulkan kertas.. masa ada dalam setengah jam,nak buat ujian lisan pulak. Bila kumpul kertas, banyak yang terkoyak-koyak..adeh. Saya bagi latihan dan mula buat ujian lisan. Tengah-tengah dengar, mata tak boleh lepas tengok kelas. Bahaya sungguh. Tiba-tiba ada seorang murid keluar kelas. Kawan yang lain cepat-cepat datang dekat saya "Ustazah,hidung dia berdarah.. Kawan tumbuk"
hah? Terus saya keluar tengok pelajar yang tengah basuh hidung dekat paip luar. Tak banyak, tapi tak berhenti. Ya Allah, hari pertama dah ada kes =.=' Pusing je, tengok-tengok hampir satu kelas dah dekat luar nak jenguk kawan dia jugak. "Masuk..masuk.." Haish.pantang betul mereka-mereka ni. Alhamdulillah ada guru yang lalu dekat luar. Settle.

Mereka sangat suka cerita perkara yang tak berkaitan dengan pelajaran pun. Dan suka mengadu sebab mereka rasa kita macam kakak..(yeke?heh)

"Ustazah, hari ni kan.. hari lahir mak cik kita.."
"Ustazah, dia tak pakai kasut jalan-jalan dalam kelas"
"Ustazah, dia baling pensel kita.." mata dah bergenang..
"Ustazah,tengok dia. Dia patahkan pembaris kawan saya.." tengok kawannye dah duduk atas lantai dan menangis..
"Ustazah, dia kan ada banyak shaker.." budak-budak ni tengah ketagih shaker, sama macam zaman kita muda dulu. Sejarah berulang~huhu
"Ustazah, dia bawa 24ringgit tau.." siap tau jumlah sebenar lagi. Sepatutnya tak boleh bawa lebih RM6. Nak beli apa la bawak banyak-banyak

Dan mereka juga boleh jadi sangat sweet~
Waktu tengah kira-kira kertas untuk diedarkan, tiba-tiba ada 3-4 orang banat datang ke depan. Tapi semua malu-malu. Saya tak toleh lagi sebab duk fokus kira. Tiba-tiba ada seorang cakap
"Ustazah, selamat hari lahir.." Saya terdiam sebab tak tahu nak balas macam mana. Hari lahir saya dah lepas (dalam seminggu). "Terima kasih.." tersenyum untuk meraikan mereka. Tak sempat nak tanya macam mana tahu. Huhu..sweet,kan? Dan lepastu ada lagi seorang datang untuk ucapkan yang sama. Yang kelakarnye, lepas cakap je terus mereka lari untuk duduk balik kat tempat masing-masing. Macam kena kejar.

Yang nakal tak tahan pun ada jugak. Bergaduh sampai bertumbuk-tumbuk. Tu kelas tahun 2 yang memang terkenal nakal. Pantang lepa, ada je yang dibuat. Tengok-tengok main gunting. Bukan biasa-biasa, nak baling kat kawan.. adeh. Suruh duduk tempat, tak nak. Bila round kelas, budak-budak lari macam saya nak main kejar-kejar ngan diaorang. Esoknya, seorang pelajar dari kelas tu masuk bilik guru sebab matanya merah. Guru yang bawa pelajar tu ceritala dekat kami yang tengah tengok pelajar tu dengan muka curious "Ni ha, main pensel dengan kawan lepastu cucuk mata. Nasib tak kena dekat mata hitam." Mengucap panjangla kami-kami yang dengar ni..

Saya belum mula mengajar sebab kena siapkan ujian lisan dan amali. Terfikir-fikir, kalau ajar nanti kena cari idea yang menarik dan membuatkan mereka gembira untuk belajar. Doakanlah saya,ye.. Kalau ada nasihat,cadangan,idea sangatla saya perlukan. Saya mengajar tak lama,cuti pun dah nak habis. Hujung bulan ni dah cuti sekolah dan saya tamat pada hari tersebut. Awal bulan 6 mula sem baru~ Jadi, saya nak all-out! Sungguhla, pengorbanan guru sangat besar. Saya semakin menghargainya dan saya bersyukur Allah bagi pengalaman ini pada saya. Terima kasih guru.

Friday, April 22, 2011

begin and end


Hadith:
"Sesuatu perkataan yang baik tanpa dimulai dengan Bismillah 
maka ia akan terputus dari rahmat Allah"

"Tiada seorang hamba yang mengucapkan Bismillah kecuali Allah s.w.t memerintahkan malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku amalannya 400 kebaikan"

kadang-kadang perkara sekecil ini kita selalu lupa..
nampak kecil tapi sebenarnya besar
let's begin and end our day with bismillah~ :)

Sunday, April 17, 2011

i'm your hope



You are the hope for our globe
Don’t give up nor despair
There’s nothing you can’t repair

You can change this world to a better world
With your souls, with your souls

Do not harm me, I am your truth
Do not kill me, for I’m your youth

I am your hope, I am your truth
I’m your faith, I’m your youth

Bil-qawli wal amal, Antumul amal
(With words and action, You are the hope)

Salimhum Ya Rabb, Salimhum Ya Rabb
(Grant them peace Oh Lord, grant them peace Oh Lord)

Bil-ilmi wal-qalam, Yudfa’u al-Alam
(Through knowledge and the might of the pen, Pain will be pushed aside)

La tansani ana dhamiruk, La tu’zini ana shababuk
(Don’t forget me for I’m your conscience, Don’t harm me I’m your youth)

Written by Dr. Walid Al-Fitaihi
Song Name: “I’m Your Hope”
Produced by: Sami Yusuf
Lyrics: Dr. Walid Fataihi

ayuh pemuda, harapan menggunung harus ditunaikan. berganding bahu, berjalan seiring, kita tempuh.. bismillah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails