ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Sunday, October 17, 2010

Berjasa, tapi tak ke mana~

Ini bukan kisah tentang manusia, hanya sebuah van..
Yang datang pada tahun 2000 dan pergi setelah 10 tahun berkhidmat.
Macam sedih,je kan? Hee..bila terpaksa bertukar, kami adik-beradik terasa kehilangan (macam ape je)
Lagi-lagi bila nak balik kampung hari tu. Sampai kak lang dengan kakak kena naik kereta kak long, balik dari kampung ke JB pulak naik kereta kak ngah. Heh, lawak je..
Van yang ada sekarang tak dapat nak tampung kapasiti kami. Yang dah kahwin pulak dua orang je. Ada 7 lagi dalam tanggungan, kalau sumbat jugak memang mampat. :)
Kaki pulak panjang-panjang.. Kalau lama-lama lenguh dibuatnya. Tapi van lama tak.. (mengeluh lagi? haish..)

Kenapa cerita ni? Sebab saya rasa manusia memang begini, bila kehilangan baru tahu hargai~
Jasa dia memang banyak..
Umi Abah ulang-alik ambil kami di sekolah,
Umi Abah bawak pergi usrah,
bagi pinjam untuk tujuan dakwah,
bawak pergi mukhayam,
bawak pergi daurah,
bawak kami jalan-jalan (eratkan hubungan.yeay!)
baaaanyak lagi..

Kami mengenal kehidupan, kami mengenal alam sekeliling..
Kami kenal tarbiyah dan kami kenal dakwah..
Kami belajar untuk hidup susah dan kami berpada jika senang..

Tapi dia hanya sebuah van, yang berjasa tapi tak ke mana..
Namun dia boleh menjadi saksi di akhirat..
Kerana dia juga sebahagian makhluk Allah.
Berasal dari bahan mentah yang diproses dan bertukar bentuk
getah>tayar, besi>badan, pasir>cermin etc..

Kadang-kadang kita lupa, segala benda di sekeliling kita
 biarpun tak bernyawa adalah makhluk Allah juga
mereka juga ada ruh, mereka juga ada perasaan..
Yang penting, mereka turut menjadi saksi di muka pengadilan

p/s: umi kata kalau van tu boleh cakap mesti dia sedih sebab duduk dengan orang cina sekarang.
hee.. Dia pasti rindu untuk terus berjasa~ :) takpe,van..jumpa lagi ye

Monday, October 11, 2010

..kerana Islam begitu..

Bismillah

Ingatkan kalau cuti, bolehla update banyak sikit. Rupanya tanggungjawab lain ada yang lebih penting..

Cuti ni saya ambil kesempatan untuk ambil lesen. It still not too late right?
Memandangkan manfaatnya sangat besar untuk keluarga,dakwah dan kehidupan maka saya ambil juga walaupun tak sempat habis. Ingatkan cik fana nak join terus, asyik cakap takut je. haiyoo.. Takpe ye,fana. bulan 2 kan nti ambil. :)

KPP mula hari ahad, umi yang hantar ke Bunga Raya.
Pagi-pagi lagi umi pesan, "bawak bekal tau, senang nanti"
Apa yang ada dekat dapur saya bawa je. Bukan tak biasa makan tak ikut jadual.
Bila dah dekat nak sampai, umi cakap

 "Kak cik ni, umi risaula. Dekat sana nanti baca-baca sikit. (ayat kursi,etc)
Kalau kakak dulu umi tak sangat. Muka dia kan kalau biasa-biasa nampak garang. Orang pun tak berani kacau."
"Erk..la, anak umi dah besar. Insya Allah takde pape"
Turun kereta, saya salam dan terus ke tempat kursus.

Saya nak pilih tempat duduk, tiba-tiba akak tu cakap "Dik,duduk ikut giliran ye"
Alamak,tersepit antara dua lelaki sebab saya dapat no2. Kerusi pulak 'jauh'. Duduk dengan tenang dan berharap tiada apa-apa.

Waktu rehat antara jam 1.00-2.00 ptg. Saya terus ke tandas untuk berwudhu' dan duduk sahaja di surau. Tak ada tempat nak duduk-duduk kalau bukan dekat surau. Saya hanya berseorangan,makan pun dalam suarau. Suatu fenomena yang saya rasa biasa bagi mereka, sangat sedikit yang bersolat. Kalau perempuan saya anggap mereka tengah cuti. Kalau lelaki...

Sampaila waktu balik tiba, saya bersyukur jadi orang yang awal. Dapat keluar awal! Masuk je kereta saya cakap dengan umi "Umi, tak ada apa-apa pun" Saya berpandangan mereka menghormati saya lalu mereka tidak menegur atau berbual seperti dengan perempuan lain. Bukan kerana saya, tapi kerana Islam yang saya bawa. Hanya saya bertudung tiga segi dan bert-shirt labuh ketika itu (mesej saya:menutup aurat). Ini menyebabkan saya teringat kata-kata Umar "Kita dimuliakan kerana Islam"
**********************************************************************

Pintu dibuka dan sata terus bertanya di kaunter "Kak, nak ujian komputer daftar sini ke? "
"Ujian dekat atas, sekarang belum buka,tengah rehat. Adik duduk dulu ye."
Saya tersenyum dan duduk di sebelah seorang aunty india.
Kami berbual sekadar berbasa-basi sementara menunggu pintu dibuka.
Hinggalah sampai pada pertanyaan.

 "Adik,ini kali keberapa you datang? "
"Baru pertama kali,saya baru je mula. Aunty berapa?" (Ketika itu saya rasa ini soalan normal)
"Ini kali ketiga aunty datang la adik. Aunty belajar sampai darjah enam sahaja. Banyak susah mahu lulus. Itu zaman, saya kena cari duit. Kalau tidak tak boleh makan.Tolong aunty ye dik."
Matanya bergenang dan saya terdiam. Saya mengucapkan insya Allah namun tidak begitu jelas untuk didengari oleh aunty tersebut. Pastinya sukar untuk seseorang yang sudah lama meninggalkan suasana belajar untuk belajar kembali. Allah,terima kasih atas nikmatMu padaku..

Pintu dibuka dan kami beriringan ke tingkat atas. Sekali lagi aunty tu cakap pada saya
 "Adik, nanti tolong bukakan komputer ya. Aunty tak pandai nak buka". Saya menangguk tanda setuju dan aunty tersebut menyambung "You banyak bagusla adik". Saya tersenyum dan terdetik dalam hati
"Bukan kerana saya, tetapi kerana Islam yang mengajar saya."
Saya mendoakan moga aunty tersebut mendapat hidayah. Kalau saya menjadi asbabnya, pasti saya terlebih-lebih lagi gembira. Nama aunty tersebut dipanggil untuk mendaftar. Sebentar lagi pastinya saya.

"Adik,thumbprint tak dapat baca. Cuba jari lain."
Alamak, macam mana ni. Habis semua jari saya letak. Macam-macam posisi saya cuba.
Pak cik tu pun bagi kata putus "Adik kena pergi Bunga Raya, thumbprint  lagi sekali"
Saya hubungi umi dan terus ke sana. Kesian,umi. Terpaksa ulang-alik sebab saya. Umi, minta maaf ye. Sikit lagi nanti saya yang akan ulang-alik jadi pilot. :)
Saya tak sempat bagitau aunty  tersebut. Bila urusan selesai, terus berkejar kembali ke taman U, tempat ujian komputer. Saya dapati aunty tersebut sudah pulang. Barangkali sudah lulus.. Semoga benar.

p/s: kalau dengan kakak2, setiap kali dihantar ke ktm atau lrt mesti diorg pesan "Kak cik, buat muka garang. Jangan senyum2" Adeh..saya ni jadi macam budak kecik pulak. Padahal dah 19. Mereka masih anggap saya adalh adik kecil mereka~

Monday, September 27, 2010

Pertolongan Ar-Rahman

Alhamdulillah, raya kali ini lebih lengkap..
Abang yang belajar di Mesir pulang ke tanah air setelah 2 tahun berlalu

ops,bukan nak promote abang ye..
saya nak share buku yang saya kirim sebelum dia pulang.
tajuknya;
عون الرحمن في حفظ القرءان
iaitu "Pertolongan Ar-Rahman dalam Menghafaz Al-Quran"


for sure, kandungannya dalam bahasa arab.suka! teringat zaman sekolah belajar dengan para guru. Tak jemu-jemu dari sek rendah sampaila sek menengah..Apatah lagi Al-quran kan bahasa arab~

Saya membelinya juga hasil cadangan Ustazah Suzana sewaktu belajar subjek tahfiz di sekolah dulu. Syukran ye ustazah! Rasa macam kena talaqqi dengan ustazah je. Takut salah tafsir ^.^
Dalam buku ini, ia menerangkan tentang ayat-ayat mutasyabihat.. Yang banyak meragukan dan kita sering tersalah bila i'aadah. Atau keliru bila baca. Rasa macam dah baca,bila tengok ayat seterusnya..eh,sama? Contohnya ayat yang mula dengan Ya Ayyuhallazina aamanu. Berapa banyak yang sama dalam Al-quran?

Sejujurnya,saya sendiri belum habis baca muqaddimah. Sebab muqaddimah dia dah 30++ muka surat. hee :)
Masih dalam usaha,doakan saya tak putus asa!
Saya dapat merasakan ramai kawan2 DQ yang berminat.
Kalau ada orang nak ke mesir atau ke tanah arab, mintala tolong belikan. Harganya murah sahaja LE25=RM15. Kalau nak fotostat, saya tidak berani untuk bagi jawapan. Saya akan merujuk dahulu,ye.
Moga bermanfaat~

Friday, September 3, 2010

Ghuraba'.. berbahagialah!

suatu ketika, dah agak lambat untuk ke kelas.
jalan selaju mungkin dengan seorang clasmate yang tiap-tiap kali gi kelas mesti dengan dia..
tengah jalan, jumpa pulak dengan 2 orang lg clasmate dan kami berempat ada persamaan,tudung labuh.
tiba-tiba terjalan sekali dengan 2 org lagi pelajar yang tidak dikenali. dari jauh dengar kawan kepada 2 pelajar ni cakap,

"oi, engkau dah taubat eh. masuk J.I ape..haha"

saya toleh ke belakang, kot2 ada slogan ke sepanduk ke.. dalam hati terdetik, nak kata kitaorang ke? bila dah masuk kelas baru tanya dekat aisyah, dengar tak apa yang diorang ada cakap tadi. saya sorang je yang perasan rupanya.. hurm.. J.I.. ada jugak terfikir nak jawab balik.

"bukan J.I la, Ikram!"

tapi, apa manfaatnya kan? apakah akan bertambah iman orang yang mendengar? inilah namanya dugaan.. kerana kita ghuraba' (asing) bukan seperti yang lain..

Hadith diriwayatkan oleh ABu hurairah dikeluarkan oleh Imam Muslim.
"Sesungguhnya Islam dimulai dengan ghuraba dan akan kembali asing sebagaimana awalnya, maka beruntunglah orang-orang yang Al-Ghuraba"

tapi, satu masalah lain adalah apakah yang bertudung labuh itu benar-benar baik?
sebab itulah, bila berdakwah dan mentarbiah kita harus fokus pada perkara dasar, bukannya luaran. yang penting seseorang itu menutup aurat dengan lengkap. andai dia ingin ihsan terhadap diri, dan dia memahaminya maka silakanlah.. kita mentarbiah dengan hati, agar samapai pada hati..

selamat memburu lailatul qadr, moga amalan kita diterima
bak kata wah dan nawal :moga Allah redha~ :)

Thursday, August 26, 2010

teruskan...dan teruskan..

Dah 17 ramadhan.. peristiwa kemenangan 313
sebelum ni saya ada nak publish satu post
tapi disebabkan oleh connection internet yang sangat 'laju', post tu gagal di publish..
ada hikmahnya, barangkali isinya tidak sesuai dan mungkin juga niat saya kurang ikhlas.. (sekarang ikhlas ke? )

masih ada peluang untuk beramal, dengan berbaki 13 hari di dalam Ramadhan.
Masalah kita adalah, bila habis Ramadhan sangat susah untuk kita istiqamah.
Banyak kata-kata yang menyatakan Ramadhan bulan promosi, buat satu dapat berganda.. buat sikit dapat banyak dsb. Memang benar, kita akan lebih bersungguh-sungguh untuk beramal dengan tawaran-tawaran hebat dari Allah. Tapi,apa hikmahnya?

Mari kita lihat telefon bimbit atau handphone, bila dah guna mesti bateri semakin berkurang dan akhirnya menjadi lemah. Kita akan cepat-cepat cari charger supaya dapat menggunakan khidmat telefon bimbit kita. Kehidupan harian kita sama seperti bateri handphone tadi. Kita sentiasa perlukan sumber penguat. Begitulah andaian bila kita memasuki perkampungan Ramadhan. Kita kumpul kekuatan atau men'cas' diri kita supaya kita dapat terus-terusan dapat beramal untuk bulan-bulan lain. Bukan sekadar terhenti di bulan Ramadhan...

Antara contoh amalan yang paling ketara adalah tilawah/tadarus Al-quran. Mesti dah ramai yang khatam kalau baca 2 juzu' sehari. Bagi perempuan, kena berusaha lebih sikit sebab Allah ada bagi tempoh kerehatan untuk kita. Berbahagialah bagi sesiapa yang membaca Al-quran, biarpun tersekat-sekat. Ni ada hadiah untuk anda,

Sabda nabi s.a.w yang bermaksud : Orang yang membaca al-quran dan dia mahir dengannya bersama malaikat yang mulia dan orang yang taat. Sesiapa yang membaca al-Quran sedangkan dia tersekat-sekat padanya dan dia begitu susah atasnya maka baginya 2 pahala (pahala membaca dan pahala kesusahan).

- Sohih Bukhari dan muslim


Jangan rasa sedih, Allah telah memuliakan kita dengan memberi 2 pahala! teruskan usaha.. pasti tidak akan sia-sia, insya Allah..

Salam Al-qadr, moga kita berjumpa dan beramal pada malam tersebut.


Sesungguhnya Saiyidah Aishah radiallahuanha telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w berkenaan dengan malam tersebut, ” Apakah yang akan aku ucapkan apabila bertemu dengan malam Al-Qadr? Maka Nabi menjawab, “ Katakanlah:

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Friday, July 2, 2010

betapa aku harus bersyukur..

Suatu hari aku ingin pulang ke DQ bersama Sya.
Kami berjumpa di stesen KTM Batang Benar dan duduk melihat ragam manusia.
Sampai sahaja di stesen Rawang kami terus ke surau.

"Ada selipar, maknanya ada orang"-hatiku
Seorang wanita berambut dai di hujungnya bersama seorang anak kecil sedang berbaring. Kelihatan nyenyak tak terusik. Ada segalas beg menemani mereka bersama setin susu yang sederhana besar.

Masa tak banyak, aku terus bergegas untuk menunaikan kewajipan dengan sekhusyu' mungkin.
Usai bersolat, aku menunggu Sya dan wanita tersebut sudah pun duduk.
"Berbadan dua rupanya"-hatiku
Kami berbual-bual sekadar mengisi masa. Hinggalah wanita tersebut membuka bicaranya..

"Akak sebenarnya lari dari rumah, bawa anak akak ni sekali sebab dah tak tahan. Akak nak ke Kedah, rumah mak ayah akak. Suami akak tak halang pun waktu akak nak keluar tadi.."

"Err.. kenapa ye akak tinggalkan rumah akak?" ringan pula mulutku bertanya,bimbang juga andai wanita itu terasa.

"Mak mentua akak tak percayakan akak. Akak dah cakap, anak dia ada perempuan lain. Tapi dia cakap akak yang jahat, saja nak fitnah anak dia. Padahal akak dah tengok sendiri suami akak dengan perempuan tu. Akak dah banyak kali cakap dengan suami akak, jangan buat macam ni. Tapi dia buat tak tahu je. Mak dia asyik bela dia.Last-last akak dah tak tahan. Akak fikirkan tentang anak-anak akak. Yang dalam perut ni pun tak lama lagi nak keluar.. tak tahulah dik, akak buntu.."

Aku melihat takungan air matanya tumpah, mengalir lesu.. Simpati menyelinap dalam hatiku, betapa aku harus bersyukur.. Nasibku jauh lebih baik. Sya juga turut mendengar cerita wanita tersebut seusai dia bersolat.

"Akak tak sempat nak ambil banyak barang, duit dalam tangan pun ada rm50 je. Tadi dah beli susu budak ni, tinggal dalam rm20. Budak-budak,kan.. kalau nampak mainan semuanya nak. Duit tiket ke Kedah pun akak tak dapat beli lagi. Akak tak tahu nak buat macam mana dik.. Maaf ye,dik. Akak bukan nak minta simpati. Cukuplah adik dengar cerita akak.."

Tangannya terus menyeka air mata yang tumpah. Akaklku memikirkan sesuatu. Tetapi hatiku turut ragu. "Boleh percaya ke? entah-entah dia reka cerita. Zaman sekarang memang macam-macam.."-hatiku. Aku memberi isyarat kepada Sya.

"Akak, kami balik dulu ye.. takut terlepas KTM," ujarku dan bersalaman dengannya.Pandangan matanya sungguh menyedihkan. Cepat-cepat kami keluar ke pintu surau. Sya juga turut berbuat demikian.

"Ana rasa macam kurang ajar je kita. Lepas dengar cerita terus keluar..hehe" Sya berjenaka denganku. Tadi aku memberi isyarat kepadanya untuk keluar dahulu dan bincang di luar. "Yela, takkan nak bincang kat dalam kot..depan-depan akak tu. Lagi macam kelakar." Setelah berbincang kami memutuskan untuk melakukan sesuatu. Kemudiannya kami menjenguk semula ke surau, mencari wanita tersebut.

"Akak, maaf lah. Tak banyak yang kami dapat bantu. Moga akak dapat sampai dengan selamat," beberapa keping not dihulurkan kepada wanita tersebut. Aku mengukir senyuman untuk meyakinkannya.

"Adik, takpelah..akak bukan nak minta simpati.."

"Ambillah kak, moga Allah mudahkan urusan akak.." Sya menambah untuk menunjukkan kami benar-benar ingin membantu.

Matanya bergenang lagi, hatiku sangat tersentuh. Huluran not bersambut. Wanita tersebut mengucapkan terima kasih kepada kami. Sekali lagi kami bersalaman, dan terus ke KTM untuk meneruskan perjalanan.

"Mungkin kita tak tahu kebenarannya tapi kalau betul dia memerlukan, siapa tahu? Selebihnya kita serahkan pada Allah.." aku mem'positive'kan diri, berharap akan redha Allah.

"Kita pun mampu, kita bagi dalam kadar yang tak menyusahkan diri kita pula. Moga akak tu selamat sampai. Ana sedih betul tengok akak tu.." Sya menyambung bicara.

"Moga akak tu dapat hidayah, kot-kot lepas ni terbuka hati dia nak pakai tudung ke, mana kita tau.."

"Sya, kita takleh bagitau sape-sape ni. Karang kalau family tau tak pasal je.."
"Hah,memang. Same lah kita."

Setelah setahun berlalu, aku merasakan ibrahnya patut dikongsi. Biarlah, Allah lebih mengetahui keadaan sebenar. Sekurang-kurangya kita meringankan beban orang yang memerlukan. Sungguh,peristtiwa ini mengajarku... betapa aku harus bersyukur~

Nasihat Umar

"Aku takut dosa-dosa kamu lebih dari kekuatan musuh yang akan mengalahkan kamu..."

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails