ahlan wasahlan, anda tetamu ke;

About Me

My photo
johor bahru, johor, Malaysia
trying hard to spread.. and istiqamah after it ~love family, it start here

Friday, June 26, 2009

Doakan saya!

Bismillahirrahmanirrahim..

Saya di pejabat kak long, Kolej Lagenda.
Alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan semalam dan hari ni dapatlah saya update sedikit.

Isnin ni semester 2 bermula. Bermakna, silibus kami kali ini dari juz 11 hingga 22.
Saya takut, bimbang, gembira, risau dan sedih. Tidak pasti mampu atau tidak, tidak tahu masa mencukupi atau tidak dan yang paling kritikal, tidak dapat jangka ingat semua atau tidak.
Hanya ada 12 minggu kuliah, cuti seminggu untuk raya dan 6 minggu kuliah sebelum periksa.

Sebenarnya cuti sebelum ini ada kelas tasmi' tambahan selama 3 minggu. Saya hanya pergi seminggu di atas sebab-sebab tertentu. Kalau diikutkan saya sangat tidak bersemangat untuk hadiri tasmi' tambahan tersebut. Namun semangat sahabat2 membuatkan saya tersedar. Masa yang saya ada sangat singkat. Saya sangat kagum dengan sahabat saya yang mampu hantar 7 - 8 muka dalam sehari. Kebiasaan kami, 5 muka. Subhanallah! Kalau diikutkan,Juz 11 - 22 lebih sukar untuk dihafal berdasarkan surah2 yang ada. Itulah pandangan kebanyakan orang. Saya makin bimbang..

Kadang-kadang, kerana terlalu lama mengaji, kepala menjadi panas dan mula berdenyut-denyut. Ini perkara biasa, sebab Al-Quran adalah mukjizat Rasulullah dan satu utusan berat yg ingin Allah sampaikan buat kita. Apabila keaddan ini terjadi,saya perlu berhenti seketika dengan membuat perkara lain seperti tidur, baca buku, dsb..

Barangkali sesetengah orang dapat melaluinya dengan mudah. Apa-apapun, semuanya berbalik kepada Allah. Ya, semuanya hanya Allah yang mampu bantu. Sahabat-sahabat bantulah dengan doakan saya serta rakan-rakan yang lain dipermudahkan.

Doakan saya

Doakan saya

Doakan saya

Salam Rejab 1430 Hijrah..

"Allahumma Bariklana Fi Rajab Wa Sya'ban Wa Ballighna Ramadhan.."

Salam Perjuangan~

Monday, June 15, 2009

Alahai..kesian pulak

Semalam Faishal buat perangai. Petang sebelum ke Jusco, dia mengamuk apabila saya yang mencebokkan dia. Dia asyik memarahi ummi kerana tidak membasuhnya. Tension juga dibuatnya.
Dia minta ummi berjanji untuk membasuhkannya pula untuk akan datang.

Di Jusco pula, dia ingin membeli permainan yang berharga RM49.90! Dia sangat teruja untuk membelinya setelah menonton iklan di televisyen. Heish..pengaruh besar!Puas dipujuk tetap tidak mahu bertukar permainan. Geram sungguh. Dengan harga sebegitu boleh membeli pampersnya untuk sebulan (kalau tak salah). At last, kami biarkan sahaja kerana ingin cepat membayar barangan yang telah dipilih memandangkan jam sudah menganjak ke angka 7.

Mainan yang bagus tapi harga dia tak best..

Setelah pulang, seperti petang tadi dia berdegil untuk tidak mahu orang lain mandikan dan basuhkannya kerana katanya "kejap la..adik tengah main ni." Kami biarkan sahaja dia bermain di bilik belajar bersama abangnya, fikri. Tidak lama kemudian, iki memberitahu kami di dapur bahawa adik sudah tidur. Tapi atas kerusi! Huh? peliknya..

Macam terbiar aje..sedih pulak

Ummi minta saya baringkan sahaja dia di lantai. Saya menginjak tangga dan menuju ke bilik belajar. Tatkala melihat adik, rasa kasihan pula melihat dia begitu. Disebabkan dia belum dicebokkan, maka dia berbaring di atas kerusi bagi mengelakkan kebocoran. Adik,adik..
Moga kenakalannya dapat menjadikan kami lebih penyabar.. :)

Tidur elok-elok, besar nanti jadilah pejuang!

Esoknya dia bersemangat untuk bermain mainan barunya. Walaupun sebenarnya tukang buat adalah kakak-kakaknya, sekurang-kurangnya dia belajar. Ya, tukang spray! hehe.. Inilah hasilnya;

Huffaz's Camp [10-13 June]

Bismillahirrahmanirrahim..


Setelah diperingatkan oleh Kak Asma, saya harus mengupdate secepat mungkin. Bukan terlupa, tapi saya memerlukan masa yang lama untuk menulis di blog. Kemalasan pun datang menjengah sikit-sikit.. :p.Mungkin juga kerana kemahiran masih kurang. However, practise makes perfect right?


Alhamdulillah, diberi kelapangan oleh Allah untuk menyertai kem ini. Walaupun sebenarnya di Darul Quran ada kelas tasmi' tambahan memandangkan keadaan untuk semester 2 paling kritikal. Jika diikutkan, pada mulanya saya akan mengikuti tasmi tambahan. Setelah hampir dengan imtihan, barulah Ummi cakap, "Tak apalah kak cik, waktu cuti rehatlah betul-betul. Nanti kalau pergi awal, banyak pulak songehnya."

Ops, kantoi! ya, saya di sana selalu meng'countdown' cuti. Seawal minggu ke-4 sebelum cuti! Adakah ini perkara normal atau tidak? Walaubagaimanapun saya tetap ke kelas tasmi' tambahan buat satu minggu terakhir. Huh, berdebar! Tidak tahu bagaimana keadaan saya nanti.

Back to the story, inilah pertama kali menjadi fasi kem tahfiz. Sangat cemas sebab tidak pasti dan kurang mahir apa yang perlu dilakukan. Alhamdulillah ada Kak Asma' Amatullah, Kak Sakinah Mazlan, Kak Khadijah dan Kak Atikah Kusaini. Jazakillah khair, banyak yang ana belajar daripada akak2! :)
Dalam kenangan: Ustazah Sharifah dan Ustazah Nirwana yang banyak membantu

Biarpun hanya sehari, sekurang-sekurangnya dapat juga saya melepaskan rindu pada Ustazah Sharifah Talha. Hurm.. saya rindu semua! Sekolah, guru-guru, x-gen, adik2, tarbiyah... Kalaulah masa boleh diputar semula....

Ustazah sangat tidak gemar kalau orang lain nak ambil gambarnya. Dengan susah payahnya barulah saya berjaya!

Barulah saya kenal adik-adik tingkatan satu walaupun tidak semua. Wakil pun jadilah.. Pantasnya masa, terasa baru semalam saya berada di tempat mereka. Kematangan yang sedang dibina, masalah yang sedikit, hidup yang ceria.... ah, itulah kehidupan di tingkatan satu.


Teringat ketika saya menjadi pelajar tahfiz dahulu. Ketika itu sistem kurang teratur dan masih dalam 'experiment'. Maklumlah, saya batch ke-4. Dalam masa satu tahun, perlu menghabiskan sebanyak 3 juzu' bermula dari juzu' depan. Berbeza dengan sekarang yang mula dengan juz 29 & 30 barulah disusuli dengan juz 1 dan seterusnya. Tika itu, kami sangat-sangat malas. Tiada motivasi dan tiada inisiatif. Dua tahun berturut-turut saya tidak dapat menyempurnakan hafazan. Ketika di tingkatan tiga barulah kem ini diwujudkan dan Alhamdulillah saya berjaya menghabiskan 3 juzu untuk silibus tingkatan tiga. Pelik,kan? Saya skip 2 juz tapi masih meneruskan pengajian sebagai pelajar tahfiz.

Sembang-sembang tentang kehidupan dam masa depan..bila lagi ye?

Apabila tamat tingkatan 5 pasti orang akan bertanya "Dah hafaz berapa juz?" saya tidak pasti untuk menjawabnya bagaimana.. Contoh jawapan saya " Dah 17 juz tapi juz 3 dan 6 tak hafaz" Maknanya saya sudah tiba di juz 19 tapi totalnya 17 (Hanya contoh, bukan keadaan sebenar :>). Lucu sungguh keadaan kami tapi sangat menginsafkan.


Bertuah generasi kini, ada Ustazah Shahidah yang bertungkus-lumus memperjuangkan nasib pelajar tahfiz di SMIH. Dibantu juga oleh Ustazah Suzana dan Ustazah Nirwana..Moga Allah memberkati jasa guru-guru. Dalam masa 4 hari 3 malam, adik-adik menunjukkan prestasi yang baik. Biarpun sibuk dengan kelas tambahan, choral speaking dan sebagainya namun mereka tetap berjaya untuk menambah hafazan baru.

Adik-adik yang semangat beriadhah. Kami cuci mata sahaja.. :>
Mabruk kepada Qarirah, dalam masa 3 hari (dia tidak dapat hadir pada hari pertama), dia berjaya menghabiskan 1 juz! Masya Allah! She really gifted.. Kepada adik-adik yang menjadi ahli kumpulan saya, saya mohon maaf atas segala salah dan silap. Moga kita akan berjumpa lagi, insya Allah (I really mean it). Setakat ini sahaja perkongsian + laporan saya. Ilalliqa'~ :)


Inilah di antara adik-adik dalam kumpulan saya;







Kenapa kami berdiri begini?


Ya! kerana Al-Quran kami sama..jodoh :)


Pemilik-pemilik yang sangat semangat bila diajak bergambar..huhu


Include me!


p/s: sesiapa yang nak video riadhah-poco2 tu, bolehlah minta ya. segan nak tayang kat sini. maaf diatas ke'blur'an gambar, just if i have a better camera.. :) ada makna nih..hehe..wassalam~

Saturday, June 13, 2009

khas untuk abe; ahmad fahmi

~KEJADIAN SEPANJANG SAYA BERCUTI~
Alhamdulillah cuti saya sama dengan cuti pelajar sekolah, jadi bolehlah bergembira dengan keluarga! Memandangkan janji sudah dilafaz, saya perlu update perkembangan aktiviti kami sekeluarga di Johor, Malaysia ini untuk abang saya di Mesir.


Setibanya saya dari Darul Quran, adik yang memang suka minta dibelikan hadiah buatnya sedang gembira mewarna buku latihan yang saya belikan. Sekurang-kurangnya dia mempelajari sesuatu daripada saya membelikannya mainan. (mainannya sudah hampir 4 kotak tapi tetap ingin menambah koleksi..hurm..adik, adik..)

Esoknya, abah dengan semangatnya mengajak kami sekeluarga berenang di Sofitel. Yeah, sukan air yang menyihatkan!

Kemudian ada di antara Alumni SMIH yang melangsungkan perkahwinan mereka. Tahniah dan moga berkekalan!

para alumni akhawat yang hadir ketika majlis akad kak awla dan suami

adik gembira dapat bermain dengan baby. adela jugak kawan dia..

adik beradik kahwin serentak, jimat juga..

abah terpaksa dukung adik dan mengintai dari luar kerana dia asik cakap "mana kakak? adik nak tengok kakak.."(kakak maknanya pengantin untuk adik)

Kemudian, kami pulang ke kampung di Kelantan. Dalam perjalanan pergi dan balik, kami singgah rumah kak ngah di Kusza,Terengganu.

Selamat Pengantin Baru, Cik Na! Moga kurniakan rahmat dan kebahagiaan sepanjang hayat..ameen :)

apa yang menarik dengan gambar ini? saya pun kurang mengerti kenapa kak lang dan kak su sangat berminat untuk mengambil gambar kanak-kanak ini. rupa-rupanya kerana ikat rambutnya yang besar dan comel! huhu..(maaf, gambar kurang jelas kerana ini gambar curi :P)

Buat kali kedua, ketika singgah di rumah kak ngah kami ke pantai untuk bersiar-siar dan bermain!
[saya: adik nak buat apa ni?] [adik: ahh?] [saya: adik nak buat apa dengan benda2 ni] [adik: nak main pasirla]
apa yang sama? huhu..kak ngah, abang ngah, jangan marah.. :p
cuba teka iki cari apa?

inilah dia permainan kami: tangkap ketam! berjaya tangkap 23 ekor tapi 3 ekor telah terbunuh apabila fikri dan faishal terpicit ketam-ketam tersebut. innalillah..

Jom main tanam-tanam! dengan semangatnya abang ngah mengajak fikri. Apabila melihat abangnya ditanam, dia pun nak 'join' sekali.

terapi semula jadi. boleh jadi kurus ke? hurm.. saya tak pasti..huhu

mermaid man! eh, mermaid boy! hurm..

Sempena hari bapa yang akan datang, fitriyyah dengan susah payahnya ingin menghadiahkan sesuatu untuk abah. Tapi kami masih memikrkan apa yang patut diberi selain kata-kata ini;


Kemudian esoknya terus bertolak ke rumah dan tiba di rumah jam 6.00 petang. Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan sebagai hamba..

Tuesday, June 9, 2009

my schedule

sekadar ingin berkongsi,
saya akan ke DQ semula pada 20/6/2009
seminggu awal untuk menghadiri keas tasmi' tambahan.

esok, 10-13 / 6 saya akan menjadi fasi di sekolah hidayah

14/6 - masih dalam perancangan untuk bersama Pals akhawat bagi rehlah di Kota Tinggi.

bermakna,minggu ini sudah pack! dan hanya seminggu lagi yang belum diketahui untuk diisi dengan aktiviti apa selain mengemas dan ber'shopping' untuk ke DQ

saya akan postkan sedikit gambar jika berkesempatan untuk tatapan Abe yang sangat-sangat mahu saya 'update' blog ini, sepanjang kami sekeluarga keluar.

ok,till then!
wassalam~

cuti semester 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Sudah lama sebenarnya cuti, dalam dua minggu barulah saya mendapat ilham untuk menulis.

Cuti yang sememangnya membuatkan saya agak sibuk dengan hal rumah, bermusafir dan beraktiviti dengan keluarga, berjumpa rakan-rakan, dan duduk sejenak untuk menaikkan iman di sekolah bersama Ustazah Kamaliah serta beberapa sahabat.

Akan datang, maksud saya esok, saya akan menjadi fasilitator untuk pelajar-pelajar tahfiz di sekolah. Alahmdulillah, sekurang-kurangnya dapat juga saya fokus untuk Al-Quran.

Saya akui, tiba sahaja cuti perkara yang paling saya bimbang pasti akan terjadi. YA, tepat sekali! Saya pasti akan lalai daripada meperuntukkan masa yang secukupnya bersama Al-Quran. Bukan sengaja, tapi dek kesibukan dengan hal-hal lain.



Dalam masa yang sama juga, saya sempat menghabiskan 3 buah buku. Gembira!
Izinkan saya menceritakan serba sedikit mengenai buku-buku yang telah saya baca:-



Tajuk buku: Hatiku di Harajuku
Karya: Ramlee Awang Murshid

Suatu kisah misteri yang berkaitan dengan kumpulan yakuza di Jepun, kisah pembunuhan tragis yang sewenang-wenangnya. Penceritaannya menarik dan saspen. Anda pasti sukar menjangkakan pengakhiran cerita ini. Harajuku, nama sebuah daerah di Jepun yang menjadi tempat percintaan satu pasangan. Jikalau anda teringin untuk mengenali dunia Yakuza, silalah membacanya!




Tajuk buku: Rahsia Perindu
Karya: Ramlee Awang Murshid

Kisahnya berkisar mengenai pasangan bercinta yang menempuh kesukaran demi kesukaran dan mereka berjaya hingga ke jinjang pelamin. Namun, dendam beberapa pihak menyebabkan raja sehari ditembak ketika majlis pernikahannya. Sememangnya banyak bercerita mengenai cinta tetapi anda tidak perlu risau kerana kisah ini sangat rumit dan misteri, bukan hanya jiwang-jiwng. Satu watak, dalam dua dimensi hidup dan berbeza identiti. Saya baca dengan peningnya dan berjaya menghabiskan setelah 3 hari! Lama,kan? Doktor pakar psikologi adalah orang yang paling tenang kerana dia lebih memahami keadaan pesakitnya.. Anda boleh faham? Saya bimbang kalau saya pula yang tak faham dengan penulisan saya.. :)




Tajuk buku: Syabab Musafir Kasih
Karya: Fatimah Syarha Noordin

Novel Islamik yang unik! Saya suka dengan awal jalan penceritaannya. Mampu mengundang rasa sedih dalam hati dan berasa seperti ingin membela nasib seorang anak kecil yang malang. Saya berasa terisi dengan nasihat-nasihat dan tazkirah yang terkandung di dalamnya. Terselit sedikit kisah cinta yang tidak disangka! Mendidik jiwa ke arah Pencipta..

Saya meminati karya mereka berdua di atas, karya Faisal Tehrani serta Habiburrahman. Ketika zaman awal remaja dahulu, saya pernah membaca novel yang sememangnya hanya tentang cinta. Ketika itu, saya terhibur dan suka untuk membacanya. Zaman berlalu dan usia menambah seiring kematangan, minat saya hilang dibuai angin begitu sahaja. Ini kerana, pasti ceritanya lebih kurang seperti perempuan yang cantik, lelaki yang kacak, bercinta, konflik, dan bercinta semula hingga ke jinjang pelamin dsb..

Saya tidak menghalang jika anda meminati novel seumpamanya kerana pasti setiap pembacaan mendatangkan manfaat. Maaf jika ada unsur kritikan di atas. Saya tidak berniat untuk menjatuhkan, sekadar memberi pandangan.

Mari membudayakan membaca!
p/s: sekurang-kurangnya masa saya terisi dengan membaca, walaupun dijerkah kak lang kerana lewat membuat kerja!huhu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails